My Precious Thing

Saya rasa anda semua semestinya mempunyai barang atau sesuatu yang amat dihargai. Mungkin kerana harganya yang mahal, kerana nilainya yang tinggi atau mugkin juga kerana siapa yang memberikannya. Sudah semestinya apabila kita mencintai sesuatu barang itu, kita akan menjaganya dengan penuh perhatian dan berhati-hati.

Jika kita sangat menyayangi handset kita contohnya, apa yang akan kita lakukan? Sudah semestinya kita akan menjaganya dengan penuh berhati-hati, tidak membiarkan screennya tercalar apalagi membiarkan ia terjatuh. Tatkala secara tak sengaja screen handset kita tercalar, runtunlah hati ini. Jika handset tadi kita misplace, lantas tidak kelam-kabut mencarinya di merata tempat. Jika setelah penat mencari tetap tidak berjumpa, murunglah diri ini selama beberapa hari. Kerana apa? Jelas dan nyata kerana cinta dan sayangnya kita kepada handset yang sangat bernilai dan berharga tadi.


Saudaraku,

Sedarkah kalian selain handset, laptop, kamera dan barang-barang lain yang kita anggap sangat berharga itu, kita juga mempunyai dua nikmat terbesar yang bukan semua manusia mampu memilikinya. Nikmat terbesar yang perlu kita hargai lebih dari yang lain-lainya. Nikmat yang perlu kita jaga dengan semaksima mungkin. Apakah dua nikmat itu?

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu atasmu dan Aku redha Islam sebagai agamamu”.
(5:3)

Sufyan Ibnu Uyainah berkata, “Tidak ada satu nikmat pun dari Allah untuk hambaNya yang lebih utama, daripada diajarkannya kalimat LA ILAHA ILLALLAH.”

Itulah nikmat yang terbesar. Dua nikmat yang merupakan nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Dengan keimanan di hati, maka seseorang itu akan ke syurga juga akhirnya. Islam, satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah. Tiada pilihan agama lain bagi orang-orang yang ingin mencari keredhaan Allah kecuali hanya Islam.

Oleh itu, satu persoalan disini, sejauh manakah kita telah menghargai dan menjaga nikmat terbesar ini?

Tatkala handset kita rosak, maka segera kita pergi membaikinya,
Tatkala iman kita tercemar, adakah kita segera mengubatinya?

Apabila kita sentiasa menjaga handset kita dari terjatuh,
Adakah kita sentiasa menjaga iman di hati agar tidak merudum?

Bilamana kita marah orang lain merendah-rendahkan kualiti handset kita,
Sudahkah kita sentiasa menjaga kesucian dan kemulian Islam?

Jika semua persoalan diatas tidak mampu untuk kita menjawab, maka sedarlah bahawa perlunya kita berubah dalam segenap aspek agar apa yang kita perkatakan sebagai dua nikmat terbesar itu, dapat kita kukuhkan lagi melalui apa yang kita lakukan. Marilah kita bersama mengorak langkah mempertahankan nilai IMAN dan ISLAM yang telah turut diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.

Jadi bagaimana caranya untuk menjaga nikmat iman dan Islam ini?
InsyaAllah akan saya sambung dalam post yang seterusnya......

0 comments:

Post a Comment