Kerana Allah, Kerana Rasul


sambungan post The Destroyer of Iman

Mungkin ada yang mula sedar dan timbul rasa hati ingin transform to be a better muslim. Tapi, mungkin juga ada yang merasakan sudah cukup selesa dengan keadaan diri dan tidak merasakan yang dirinya perlu berubah.

lantak aku la. Ko sibuk pesal”
“aku buat jahat ko kisah ape. Bukan ko dapat masalah pon”

Ye. Apabila orang lain buat jahat, selagi mana kita tidak bersubahat, kita tak kan dapat saham. Tapi, kita perlu sedar, apabila seorang yang bergelar muslim, setiap apa yang dia lakukan tidak hanya melibatkan dirinya  sendiri. Ada perkara lain yang akan turut terlibat. Iaitu, Islam yang dia anuti dan iman yang dia pegang. Apabila kita tidak menjaga diri kita dari kancah kemaksiatan dan perkara-perkara mungkar, seoalah-olah kita telah menjatuhkan martabat agama kita sendiri, Islam. Dan kita juga seolah-olah telah mencalarkan dengan tangan kita sendiri sesuatu yang kita patut peliharai, iman.

 Kerana inilah saya menulis tentang perkara ini. Agama dan kepercayaan yang kita pegang adalah sama. Oleh itu, apabila seorang muslim yang lain membuat kemungkaran, muslim yang lain tidak boleh memandang enteng. Islam yang kita pegang bukan sekadar agama yang dianuti oleh nenek moyang kita, tapi ianya agama yang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam.

 Tidak gentarkah hati ini tatkala kita dengan sewenangnya menjatuhkan kesucian agama ini. Tidak terfikirkah kita siapa lagi yang sepatutnya menjaga kemurniaan Islam kalau bukan penganutnya sendiri. Dan iman. Sedarkah kita iman yang kita nikmati pada hari ini bukan datang dengan percuma. Tahukah kita siapa yang telah berjuang bermati-matian demi mempertahankan dan menyebarkan kepercayaan ini. Dia dipulau, dia dikeji, dia dicemuh, dia dibaling dengan batu dan pelbagai lagi cabaran yang hebat, namun dia tetap teguh dengan kerjanya. Siapa? Dialah Nabi Muhammad S.A.W. Tahukah kita betapa Nabi sayangkan umatnya. Tatkala baginda sedang berhadapan dengan ajalnya, apa yang baginda risaukan?

Ummati…ummati….ummati….”

Tanyalah diri kita, siapa orang yang baginda sangat risaukan ini kalau bukan diri kita. Dan….tanyalah diri kita sejauh mana kita ingat dan rindu kepada Nabi kita. 

Saudaraku,                                                                                                                                   
 Tidakkah kita malu jika pada hari ini Rasulullah melihat kita dengan mudahnya menodai iman kita. Tidakkah kita berfikir betapa sedihnya Baginda jika melihat kita langsung tidak mempertahankan keimanan kita. 

Oleh itu, mari kita bersama-sama transform diri kita menjadi muslim 360⁰. (2:208)
Muslim yang sentiasa menjaga kesucian agamanya.
Muslim yang sentiasa mempertahankan keimanannya.
Apabila pujukan nafsu dan syaitan datang menyerang.

Lastly, sorry for writing yang mungkin tunggang langgang. Mungkin kerana dah terlalu lama procastinate post ni. Sekarang baru terdaya untuk menulis ape yang terpendam dalam hati. 

Wassalam….

0 comments:

Post a Comment