Ringkasan Bab Pertama 'Pemuda Muslim Dalam Menghadapi cabaran masa Kini'

0 comments

Dalam buku 'Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini' karangan Abdullah Naseh Ulwan terdapat 5 bab yang bagi saya sangat bagus untuk ditelaah oleh pemuda islam yang merasakan dirinya lemah dalam menempuh pelbagai cabaran di akhir zaman ini. Bab pertama merupakan 'Cabaran Syaitan dan Hawa Nafsu'. Ini ringkasannya......

Dalil Syaitan itu akan sentiasa menjadi musuh manusia:

"Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. " 
(7:14-17) 

"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, " (15:39)

Dua dalil di atas menjelaskan kepada kita dimana syaitan akan menjadi seteru yang sentiasa akan berusaha menghasut anak adam agar berbuat maksiat dan dosa lantas melupakan tuhan yang mengusai hari pembalasan, Oleh itu, wahai para pemuda, kita perlu tahu bagaimana caranya untuk berhadapan dengan cabaran ini. Ini apa yang Abdullah Naseh Ulwan sarankan...

Langkah-langkah melawan syaitan:
1. Jadikan syaitan musuh anda (35:6)
2. Istiqamah dengan jalan yang lurus (6:153)
3. Memohon perlindungan kepada Allah (16:98-100)
4. Sentiasa ingat kepada Allah (43:36-37)
5. Muraqabah (7:201)
6. Jauhi orang-orang yang alpa (6:68)

Rasanya tidak perlu untuk saya mengulas dengan lebih lanjut. Untuk pencerahan yang lebih lanjut, saya akan sediakan link untuk mendownload buku ini dalam bentuk pdf.

Berkaitan godaan nafsu pula, berikut ringkasannya.....

Nafsu:
Dalam hidup ini, Allah sudah memberi pilihan kepada manusia sama ada mahukan jalan ketakwaan ataupun kekufuran. Oleh itu, terpulang kepada manusia sama ada mahu menjadi orang yang beruntung atau orang yang rugi.

"Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). " (76:3)

Bagi orang-orang yang tetap teguh dengan imannya tatkala godaan nafsu datang menduga, maka bergembiralah dengan janji Allah yang tiada keraguan padanya.

"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. " (79:40-41)

Allah juga sudah menyatakan amarannya kepada orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhannya.
peringatan kpd orng yg menjadikan nafsu sbgai tuhannya.

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? " (45:23)

Oleh itu wahai para pemuda, janganlah kita mudah menyerah kalah kepada pujukan nafsu. Buktikan kekuatan  hatimu, bukan sekadar tenagamu. Buktikan ia kepada tuhanmu, bukan sekadar kepada manusia. Dan dengan itu kamu akan menjadi pemuda yang hebat di sisi Allah.

Berikut merupakan saranan Abdullah Naseh Ulwan dalam berhadapan dengan pujukan hawa nafsu....

Cara utk bebas drpd hawa nafsu:

1. Tingkatkan iman
- yakin Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yg kita lakukan. Ya, mari kita mengamalkan muraqabah.

2. Isi masa dengan perkara berfaedah
- apabila besendirian ataupun berangan-angan kosong, syaitan akan mudah menghasut nafsu

3. Bersahabat dengan orang-orang yg baik
- sahabat akan mempengruhi diri seseorang
Jadi, sekian sahaja ringkasan saya daripada pembacaan saya. Afwan jika ada yang terlalu ringkas hingga menyebabkan mesej tidak kesampaian. Untuk lebih pencerahan, ini link untuk mendownload buku pdf tersebut. Download

Kerana Allah, Kerana Rasul

0 comments


sambungan post The Destroyer of Iman

Mungkin ada yang mula sedar dan timbul rasa hati ingin transform to be a better muslim. Tapi, mungkin juga ada yang merasakan sudah cukup selesa dengan keadaan diri dan tidak merasakan yang dirinya perlu berubah.

lantak aku la. Ko sibuk pesal”
“aku buat jahat ko kisah ape. Bukan ko dapat masalah pon”

Ye. Apabila orang lain buat jahat, selagi mana kita tidak bersubahat, kita tak kan dapat saham. Tapi, kita perlu sedar, apabila seorang yang bergelar muslim, setiap apa yang dia lakukan tidak hanya melibatkan dirinya  sendiri. Ada perkara lain yang akan turut terlibat. Iaitu, Islam yang dia anuti dan iman yang dia pegang. Apabila kita tidak menjaga diri kita dari kancah kemaksiatan dan perkara-perkara mungkar, seoalah-olah kita telah menjatuhkan martabat agama kita sendiri, Islam. Dan kita juga seolah-olah telah mencalarkan dengan tangan kita sendiri sesuatu yang kita patut peliharai, iman.

 Kerana inilah saya menulis tentang perkara ini. Agama dan kepercayaan yang kita pegang adalah sama. Oleh itu, apabila seorang muslim yang lain membuat kemungkaran, muslim yang lain tidak boleh memandang enteng. Islam yang kita pegang bukan sekadar agama yang dianuti oleh nenek moyang kita, tapi ianya agama yang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam.

 Tidak gentarkah hati ini tatkala kita dengan sewenangnya menjatuhkan kesucian agama ini. Tidak terfikirkah kita siapa lagi yang sepatutnya menjaga kemurniaan Islam kalau bukan penganutnya sendiri. Dan iman. Sedarkah kita iman yang kita nikmati pada hari ini bukan datang dengan percuma. Tahukah kita siapa yang telah berjuang bermati-matian demi mempertahankan dan menyebarkan kepercayaan ini. Dia dipulau, dia dikeji, dia dicemuh, dia dibaling dengan batu dan pelbagai lagi cabaran yang hebat, namun dia tetap teguh dengan kerjanya. Siapa? Dialah Nabi Muhammad S.A.W. Tahukah kita betapa Nabi sayangkan umatnya. Tatkala baginda sedang berhadapan dengan ajalnya, apa yang baginda risaukan?

Ummati…ummati….ummati….”

Tanyalah diri kita, siapa orang yang baginda sangat risaukan ini kalau bukan diri kita. Dan….tanyalah diri kita sejauh mana kita ingat dan rindu kepada Nabi kita. 

Saudaraku,                                                                                                                                   
 Tidakkah kita malu jika pada hari ini Rasulullah melihat kita dengan mudahnya menodai iman kita. Tidakkah kita berfikir betapa sedihnya Baginda jika melihat kita langsung tidak mempertahankan keimanan kita. 

Oleh itu, mari kita bersama-sama transform diri kita menjadi muslim 360⁰. (2:208)
Muslim yang sentiasa menjaga kesucian agamanya.
Muslim yang sentiasa mempertahankan keimanannya.
Apabila pujukan nafsu dan syaitan datang menyerang.

Lastly, sorry for writing yang mungkin tunggang langgang. Mungkin kerana dah terlalu lama procastinate post ni. Sekarang baru terdaya untuk menulis ape yang terpendam dalam hati. 

Wassalam….