Selamat Berjuang


Teringat beberapa hari yang lalu, selepas selesai solat zohor, saya solat sunat sekejap.Selesai bersolat, saya memandang sekeliling masjid. Masih terdapat beberapa hamba Allah yang khusyuk solat dan ada pula yang berdoa. Dalam perjalanan nak menaiki motor untuk balik ke rumah, seorang pak imam datang mendekati saya. Bersapa dan berkenalan dengan saya.

"Adik ni anak sape?" pak imam tu tanye saya. 
 
Biasalah, kalau orang-orang tua nak berkenalan dengan kita, mesti dia tanya siapa ayah atau emak. Yelah, kalau dia tanya nama pun bukan kenal, so nak kenal dia akan tanya siapa ayah atau emak. Selepas menjawab saya ni anak siapa, baru la dia mengangguk. Tandanya dia kenal siapa keluarga saya. Penduduk kampung memang bagus, jarang ada orang yang tidak kenal siapa orang-orang kampung dia.
 
"Adik sekolah kat mane?" Dia bertanya lagi. Ingin mengetahui lebih mendalam.

"Saya sekolah kat kolej mara banting. Dekat selangor." Saya menjawab.

"Oo. Bagus2. " Pak imam tu mengangguk. Mungkin dia tahu dimana banting.

Lastly, sebelum pak imam tu beredar, dia cakap,
"Teruskan perjuangan"

Saya agak terpegun sebentar.

Memikirkan cukup layakkah diri ini digelar seorang pejuang yang sedang berjuang.

Sampai kat rumah, saya teringat peringatan Allah tentang balasan yang berbeza untuk dua perjuangan yang berbeza. Apakah perjuangan itu? Ha, ini dia...

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan" (11:15)

Allah berfirman, siapa yang berjuang untuk dunia maka pasti dia akan mendapat segala apa yang dia mahukan berdasarkan usaha dia. Tapi, balasannya kelak....

 "Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah disana apa yang mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan" (11:16)

Namun, dalam surah As-Saff, Allah menjanjikan syurga bagi siapa yang berjuang di jalanNya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (61:10-11)

Oleh itu, terpulanglah kepada kita sama ada mahu berjuang untuk mengejar dunia semata-mata atau menjadikan usaha kita di dunia ini sebagai perjuangan di atas jalanNya. 

Dan, lastly, sempena kepulangan student2 KMB ke kolej pada esok hari, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERJUANG!!!

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment