Naik atas turun bawah

0 comments

"Setiap amal ada syirrah (semangat tinggi), dan setiap syirrah ada fatrah (perasaan lesu).." 
-HR Ahmad

Naik dan turun semangat seseorang itu memang tidak dapat dielakkan. Tetapi apabila dalam keadaan lesu, bersegeralah memperbaiki amal. Jangan biarkan masa yang lama berlalu sedang kita dalam keadaan futur. Risau2 kalau jadi seperti orang dalam ayat 57:16, "kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras". Kotoran pada pinggan, makin lama tinggal, makin susah nak basuh dan semakin busuk baunya. Begitu juga hati...


"Istirehat bagi seorang pemuda adalah kelalaian" (Imam Ahmad)

Masa yang berlalu tanpa sebarang amal untuk seorang pemuda bukan sahaja akan merugikan dirinya, tetapi masyarakat sekelilingnya. 

Semoga tiada masa terbuang~