Pantang Dicabar!
Labels: Pemuda, Sedar, Transform 0 commentsCuma yang membezakan, apa yang dicabar itu. Ya, tentang apa pemuda itu dicabar. Dicabar dengan keburukan, maka ia akan menjadi binasa. Dicabar dengan kebaikan, maka ia akan menjadi pemuda islam yang umat nanti-nantikan.
Realiti sekarang
Tidak dapat disanggah, para pemuda zaman sekarang telah dibawa ke arus yang salah. Salah siapa? Terlalu banyak faktor untuk dinyatakan disini.
"Bro, malam ni jom. DOTA(or PES/CS n yg seangkatan dengannya) sampai kul 4 pagi"
"Ha'ala. Kul 4 je. Tak yah tido langsung la, baru mantop"
Akhirnya, subuh mereka entah kemana. Kepada siapa yang berbuat seperti diatas, tetapi masih dapat menjaga solat subuh, tahniah saya ucapkan.
"Mat, cun kot awek tu. Aku cabar ko tackle die"
"Common la, ini Mat Ensem kot. Sape tak nak kat aku. Just give me one week, and she will be mine. Hahaha"
Akhirnya pergaulan bebas merebak, dan maksiat pun bercambah.
Wahai pemuda islam....
kini sudah tiba masanya kita bangkit dari tidur yang lama. Sudah cukuplah kita dipermainkan oleh musuh-musuh islam. Mereka sentiasa cuba menipu kita dengan muslihat mereka yang kotor. Kinilah masanya, kita membersihkan hati ini, bangkit bersama memacu kegemilangan Islam. Biar musuh-musuh Islam itu nanti tercengang dan menggeletar apabila melihat ombak kebangkitan pemuda Islam yang menggila, dan tiada lagi dapat disekat.
Cabarlah dirimu
Gunakanlah semangat pemuda yang berkobar-kobar itu untuk membangunkan jati diri muslim sejati dalam diri kita. Oleh itu, cabarlah dirimu. Ya, cabarlah dirimu sendiri. Untuk kita melihat sejauh mana diri ini benar-benar hebat seperti yang disangka-sangkakan.
Dalam ibadah:
"Aku cabar, hari ini aku mesti habiskan satu juz al-Quran"
Namun, bagi mereka yang masih baru, mulakanlah perlahan-lahan. Contohnya, 5 page sehari, kemudian 10 page sehari dan akhirnya yang paling afdhal, satu juz sehari.
"Aku cabar, hari ini maghrib dan isya' aku mesti berjamaah di masjid"
Kemudian, jika berjaya, naikkan 4 waktu dan paling mantap full 5 waktu jamaah di masjid.
Jika kita tidak mampu menyahut cabaran-cabaran ini, maka tanyalah diri sendiri, dimana tahap kita pada hari ini. Jika pemuda di Palestin hari ini sudah berani berhadapan dengan maut demi Islam, adakah kita terlalu lemah untuk berhadapan dengan nafsu diri sendiri?
Wahai pemuda, jika engkau berjaya, maka istiqamahlah, walaupun ianya hanya amal yang kecil. Kemudian, tingkatkan amalmu sedikit demi sedikit. Jangan dipaksa diri untuk membuat amal secara mendadak, kerana ia akhirnya hanya akan membuat dirimu penat dan sangat besar kemungkinan kamu akan berputus asa dan menjadi lebih teruk sebelum itu.
Luaskan pemikiranmu!
Cabarlah dirimu untuk apa sahaja kebaikan, baik untuk dirimu sendiri mahupun utnuk agama.
Dalam pelajaran contohnya, cabarlah diri untuk mendapat grade yang bagus. Jika engkau gagal walaupun sudah berusaha, janganlah engkau berasa lemah. Kerana Allah sentiasa ada disamping hamba-hambaNya yang bertakwa.
Satu masa nanti
Wahai pemuda-pemudi Islam. Jika kamu benar-benar tekad dan komited untuk membina diri menjadi pemuda yang hebat imannya, tinggi takwanya, dan mantap ruhnya, maka saya yakin, satu masa nanti umat ini akan menyaksikan para pemuda yang tidak pernah lagi mereka saksikan. Para pemuda yang tidak suka berhibur, apatah lagi bermaksiat. Para pemuda yang dekat hatinya dengan tuhannya. Para pemuda yang disiang harinya bak singa di rimba, tetapi di malam hari air mata mengalir deras di pipi mereka. Maka, para pemuda inilah yang akan mengubah dunia ini yang sedang tenat ini, dan meletakkan kembali Islam di puncaknya, dimana ia sepatutnya berada.
Sekian wassalam.
Posted by Al-Fateh at 3:04 PM
Pemuda Harapan Umat
Labels: Pemuda, Sedar 1 commentsTentangan kelima, menenggelamkan generasi ini ke dalam kelazatan dan kerosakan syahwat hingga mereka menjadi budak minuman keras dan perempuan. Saat ini, jutaan pemuda menghambur-hamburkan harta, banyak waktu kosong yang membinasakan, memiliki kepintaran dan kesungguhan. Namun, kesemuanya itu telah menenggelamkan mereka ke dalam kenikmatan dan upaya mencarinya hingga mereka binasa. -Dr. 'Aidh al-Qorni, Al-Islam wa Qodhoyal 'Ashr(Mereka Ingin Memadamkan Matahari)-
Dr. 'Aidh al-Qorni menggariskan beberapa usaha musuh-musuh Islam dalan rancangan untuk melenyapkan sinar Islam dari muka bumi ini, dan salah satunya adalah seperti di atas.Mereka cuba untuk menggunakan faktor nafsu syahwat untuk membuai para pemuda dalam nikmat dunia, sehingga mereka terlupa akan siapakah tuhannya, siapakah nabinya dan apakah tujuannya berada di muka bumi.
Seorang orientalis pernah berkata, "Setiap minuman dan hiburan, kedua-dua aspek ini boleh menghancurkan umat Muhammad lebih berkesan jika dibandingkan walau dengan seribu meriam, oleh itu lalaikanlah umat Muhammad dengan menggunakan alat-alat tadi"
Wahai para pemuda, marilah kita bangkit dari lena kita, dan contohilah para pemuda di zaman Rasulullah. Siapakah mereka? Mereka hanyalah kaum miskin dan minoriti, dan mereka lebih sering lapar daripada kenyang. Mereka juga hanya memeliki selembar pakaian yang mereka kenakan. Namun, mereka mampu menaklukkan dunia. Mereka selalu solat di tengah malam, berjuang di jalan Allah dan membangun asas peradaban manusia.
Bila kegelapannya telah menyelimuti mereka, betapa banyak ahli ibadah yang air mata mengalir deras di pipinya,
Mereka juga layaknya singa-singa rimba, bila datang panggilan jihad kepada mereka,
Segera pula mereka menerjang maut agar dapat merasakannya,
Ya Robbi, utuslah kepada kami orang-orang seperti mereka,
Yang dapat membangun kemuliaan bagi kami yang telah selama ini telah lenyap.
golongan pertama: pemuda yang ragu dan bimbang terhadap kebenaran agama. Mereka tidak konsisten dalam solat, tidak konsisten dalam membaca al-Quran, dan juga tidak konsisten dalam beriman kepada Allah. Mereka sering dalam kebimbangan.
golongan kedua: pemuda yang mendapat petunjuk, namun hanya untuk dirinya sendiri. Dia solat, puasa, haji dan umrah. Namun ibarat kata pepatah arab, "Aku bukan sebahagian dari Qois dan Qois juga bukan sebahagian dari aku." Mereka tidak peduli dengan urusan orang lain, tidak peduli dengan dakwah dan tak ada pengaruhnya di dunia ini.
golongan ketiga: pemuda yang konsisten dan berkecimpung dalam dakwah. Mereka adalah harapan umat dengan kemuliaan Islam.
Kami sudah bangun dan berjalan menuju keluuran dan takjub rasanya,
Membawa para pemuda yang telah disucikan oleh Islam lubuk jiwanya,
Bagaikan singa-singa mengaum kerana murka di tengah rimba,
Mereka tidak suka hidup hina dan penuh noda,
Oleh sebab itu mereka mandi denga taubat sehingga tak ada orang kotor dalam barisan mereka
( Dr. 'Aidh al-Qorni)
Itulah apa yang dikatakan oleh beliau. Persoalannya kepada kita, dimanakah kita pada hari ini? Di golongan manakah kita? Apakah peranan kita terhadap umat?
Sekian wassalam,
Posted by Al-Fateh at 9:30 AM
Wahai pemuda, BANGKITLAH!!!
Labels: Dakwah, Pemuda, Sedar 0 comments
Sekian wassalam.
Posted by Al-Fateh at 6:58 AM
Play Your Part
Labels: Dakwah, Pemuda, Sedar 0 commentsThere is no doubt, one day Islam will win. It is just about us. Whether we want to become the 'just watching' side, the opponent side or the winning side. So muslim youths, let us play our part!!
Posted by Al-Fateh at 2:42 PM
Buat Ikwah Fillah Tercinta
Labels: Ikwah, Pemuda 1 commentsSetelah sekian lama tidak mencoret sebarang kata di alam maya ini, terdetik hati ana untuk berkongsi sebuah syair dari Muhammad Iqbal, seorang seniman islam pada zaman kehebatan Islam dahulu. Khas buat ikhwah fillah tercinta...
Moga di syurga kita bertemu.....
Wassalam.......
Posted by Al-Fateh at 8:19 AM
Ringkasan Bab Pertama 'Pemuda Muslim Dalam Menghadapi cabaran masa Kini'
Labels: Pemuda 0 commentsDalam buku 'Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini' karangan Abdullah Naseh Ulwan terdapat 5 bab yang bagi saya sangat bagus untuk ditelaah oleh pemuda islam yang merasakan dirinya lemah dalam menempuh pelbagai cabaran di akhir zaman ini. Bab pertama merupakan 'Cabaran Syaitan dan Hawa Nafsu'. Ini ringkasannya......
Dalil Syaitan itu akan sentiasa menjadi musuh manusia:
Langkah-langkah melawan syaitan:
1. Jadikan syaitan musuh anda (35:6)
2. Istiqamah dengan jalan yang lurus (6:153)
3. Memohon perlindungan kepada Allah (16:98-100)
4. Sentiasa ingat kepada Allah (43:36-37)
5. Muraqabah (7:201)
6. Jauhi orang-orang yang alpa (6:68)
Rasanya tidak perlu untuk saya mengulas dengan lebih lanjut. Untuk pencerahan yang lebih lanjut, saya akan sediakan link untuk mendownload buku ini dalam bentuk pdf.
Berkaitan godaan nafsu pula, berikut ringkasannya.....
Nafsu:
Dalam hidup ini, Allah sudah memberi pilihan kepada manusia sama ada mahukan jalan ketakwaan ataupun kekufuran. Oleh itu, terpulang kepada manusia sama ada mahu menjadi orang yang beruntung atau orang yang rugi.
Bagi orang-orang yang tetap teguh dengan imannya tatkala godaan nafsu datang menduga, maka bergembiralah dengan janji Allah yang tiada keraguan padanya.
Allah juga sudah menyatakan amarannya kepada orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhannya.
peringatan kpd orng yg menjadikan nafsu sbgai tuhannya.
Cara utk bebas drpd hawa nafsu:
1. Tingkatkan iman
- yakin Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yg kita lakukan. Ya, mari kita mengamalkan muraqabah.
2. Isi masa dengan perkara berfaedah
- apabila besendirian ataupun berangan-angan kosong, syaitan akan mudah menghasut nafsu
3. Bersahabat dengan orang-orang yg baik
- sahabat akan mempengruhi diri seseorang
Posted by Al-Fateh at 6:27 PM
Copyright © Seruan4Syabab. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block in collaboration with Blog and Web
Wordpress theme by N.Design Studio
Columnized by MangoOrange and supported by Web Hosting Geeks



