Pemuda Harapan Umat

1 comments

Tentangan kelima, menenggelamkan generasi ini ke dalam kelazatan dan kerosakan syahwat hingga mereka menjadi budak minuman keras dan perempuan. Saat ini, jutaan pemuda menghambur-hamburkan harta, banyak waktu kosong yang membinasakan, memiliki kepintaran dan kesungguhan. Namun, kesemuanya itu telah menenggelamkan mereka ke dalam kenikmatan dan upaya mencarinya hingga mereka binasa. -Dr. 'Aidh al-Qorni, Al-Islam wa Qodhoyal 'Ashr(Mereka Ingin Memadamkan Matahari)-

Dr. 'Aidh al-Qorni menggariskan beberapa usaha musuh-musuh Islam dalan rancangan untuk melenyapkan sinar Islam dari muka bumi ini, dan salah satunya adalah seperti di atas.Mereka cuba untuk menggunakan faktor nafsu syahwat untuk membuai para pemuda dalam nikmat dunia, sehingga mereka terlupa akan siapakah tuhannya, siapakah nabinya dan apakah tujuannya berada di muka bumi.

Seorang orientalis pernah berkata, "Setiap minuman dan hiburan, kedua-dua aspek ini boleh menghancurkan umat Muhammad lebih berkesan jika dibandingkan walau dengan seribu meriam, oleh itu lalaikanlah umat Muhammad dengan menggunakan alat-alat tadi"

Wahai para pemuda, marilah kita bangkit dari lena kita, dan contohilah para pemuda di zaman Rasulullah. Siapakah mereka? Mereka hanyalah kaum miskin dan minoriti, dan mereka lebih sering lapar daripada kenyang. Mereka juga hanya memeliki selembar pakaian yang mereka kenakan. Namun, mereka mampu menaklukkan dunia. Mereka selalu solat di tengah malam, berjuang di jalan Allah dan membangun asas peradaban manusia.

 Sungguh mereka adalah ahli ibadah di malam hari,

    Bila kegelapannya telah menyelimuti mereka, betapa banyak ahli ibadah yang air mata mengalir deras di pipinya,

    Mereka juga layaknya singa-singa rimba, bila datang panggilan jihad kepada mereka,

    Segera pula mereka menerjang maut agar dapat merasakannya,

    Ya Robbi, utuslah kepada kami orang-orang  seperti mereka,

    Yang dapat membangun kemuliaan bagi kami yang telah selama ini telah  lenyap.

Dr. 'Aidh al-Qorni dalam bukunya ini membahagikan para pemuda zaman sekarang kepada tiga golongan;

golongan pertama: pemuda yang ragu dan bimbang terhadap kebenaran agama. Mereka tidak konsisten dalam solat, tidak konsisten dalam membaca al-Quran, dan juga tidak konsisten dalam beriman kepada Allah. Mereka sering dalam kebimbangan.

golongan kedua: pemuda yang mendapat petunjuk, namun hanya untuk dirinya sendiri. Dia solat, puasa, haji dan umrah. Namun ibarat kata pepatah arab, "Aku bukan sebahagian dari Qois dan Qois juga bukan sebahagian dari aku." Mereka tidak peduli dengan urusan orang lain, tidak peduli dengan dakwah dan tak ada pengaruhnya di dunia ini.

golongan ketiga: pemuda yang konsisten  dan berkecimpung dalam dakwah. Mereka adalah harapan umat dengan kemuliaan Islam.

 Namun, berikanlah khabar gembira kepada seluruh semesta,

    Kami sudah bangun dan berjalan menuju keluuran dan takjub rasanya,

     Membawa para pemuda yang telah disucikan oleh Islam lubuk jiwanya,

    Bagaikan singa-singa mengaum kerana murka di tengah rimba,

    Mereka tidak suka hidup hina dan penuh noda,

    Oleh sebab itu mereka mandi denga taubat sehingga tak ada orang kotor dalam barisan mereka

Mereka adalah ribuan pemuda yang mengorbankan nyawa mereka di jalan Allah dengan sangat murah. Mereka juga solat pada pertengahan malam, puasa pada siangnya dan menhafal al-Quran. Pemuda muslim itu wajib terjun ketengah-tengah barisan mereka, yakni para pemuda yang telah ditenggelamkan ke dalam kelazatan yang mempesona, sehingga pemuda itu lalai dengan kesempatan yang ada.
( Dr. 'Aidh al-Qorni)

Itulah apa yang dikatakan oleh beliau. Persoalannya kepada kita, dimanakah kita pada hari ini? Di golongan manakah kita? Apakah peranan kita terhadap umat?

 Sekian wassalam,

Emm, ape nak buat ye?

0 comments

Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi saw bersabda: "Dua nikmat yang yang ramai manusia terpedaya dengannya: Sihat dan kelapangan." (HR Bukhari)
Ramai daripada kita(terutamanya bdak x-kmb) sedang 'berlayar' di musim cuti yang sangat panjang. Setengahnya sampai bulan july, ramai yang semptember dan february next year pon ade. Woo, memang banyak mase lenggang kita. Jadi, nak buat ape time2 macam ni. Rasulullah sudah mengingatkan umatnya, agar kita jangan terpedaya dengan masa lapang macam ni.

So, tanya diri kita, apa yang aku dah buat sebelum ni adakah membuktikan kita bukanlah manusia yang terpedaya dengan masa lapang?

Kalau ya, alhamdulillah.
Kalau tak, nak buat camne?

Oleh itu, disini saya ingin berkongsi sedikit idea tentang nak buat ape time2 cuti macam ni. Harap2nya bermanfaat, insyaAllah.

1. Tingkatkan bacaan dan hafazan, baik al-Quran mahupun hadis.
  
 "Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? " (al-Qamar, 54:17,22,32,40)

Dalam surat al-Qamar ni, Allah ulang ayat yang sama sebanyak 4 kali! Jadi, tidak sepatutnyalah kita ambil tidak endah dalam amalan membaca al-Quran. Sebaik-baiknya, sehari cuba habiskan satu juz, so sebulan boleh khatam 1 al-Quran. Kalau x mampu, buat dengan sedikit2 dahulu, kemudian tingkatkan. Jangan lupa pula untuk nak mentadabbur al-Quran. Try cari mase lain untuk khususkan bace al-Quran dengan terjemahannya sekali.

Kalau hadis, saya sarankan sebuah buku "300 hadis bimbingan", hasil Ustaz Zahazan. Tak mahal pun, RM25.90 je. Bukan ape, kalau hanya bergantung kepada 'syeikh' google, risau kalau ade hadis yang dhoif.

2. Jom layan lecture yang mantap dari syeikh2


Kita ade Syeikh Sulaiman Moola, Syeikh Hamza Yusuf, Yasser Fazaga, Yusuf Estes dan ramai lagi. Cari je kat you tube, ade banyak lecture2 yang hebat dari diorang ni. Selain dapat tambah ilmu, dapat juga power kan english kita. Nak pergi oversea la katakan, insyaAllah :)

So, lepas ni dah x leh la bagi alasan tengok movie sebab nak power english, layan lagu barat sebab nak mantapkan english, ok. Dalam surah Asy Syams, ayat ke-8,


"Maka Dia mengilhamkan kepadanya (untuk mengenal) jalan kejahatan, dan jalan ketakwaan" (91:8)

Oleh itu, marilah kita pilih jalan ketakwaan, kerana hanya dengan itu kita akan menjadi manusia yang beruntung.

3. Iqra'! (Bacalah)

Time cuti2 camni, banyakkan bacaan kita. Bukan baca online manga, komik atau yang sekutu dengannya, tapi buku2 yang bermanfaat. Yang mampu menambah ilmu dan kemahiran kita, insyaAllah. Saya sarankan buku Quran Saintifik, tulisan Dr. Danial. Korangkan budak science, so, jom kita guna ilmu science kita untuk memantapkan lagi syahadah dalam hati kita. Kepada budak2 KL, saya sarankan pergi kedai buku Fajar Ilmu Baru, dekat wisma plaza, yang dekat Masjid India tu. Kat situ ade banyak buku yang bagus2.

Kalau agak2 dah tak de duit sangat, download je buku2 dalam pdf dari www.bahantarbiyyah.com. Pergh, kat website ni, banyak sangat buku2 yang hebat, yang susah nak cari kat pasaran malaysia. Kalau dekat Indon, mungkin senang sikit. Saya sarankan buku Menuju Ketakwaan(Abdullah Naseh Ulwan), Petunjuk Sepanjang Jalan(Syed Qutb), alMunthalaq(Muhammad Ahmad alRasyid), Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini(Abdullah Naseh Ulwan), Apa Ertinya Saya Menganut Islam(Fathi Yakan) dan baaaanyak lagi! So, mane yang berkenan di hati tu download je la. Tak besarpun file dia, agaknya movie 4-5 kali lagi besar filenya. Kalau agak tak layan baca kat laptop, print pastu bace kat kertas. Jangan asyik banyak nak beralasan...:)

4. Cuti-cuti Malaysia!

Siapa yang ade lebih duit tu, boleh la pergi buat trip kemana-mana, Pulau Tioman ke, Pulau Ketam ke, asalkan niat nak melihat ciptaan Allah yang hebat ini, jangan pulak nak 'cuci mata' dengan benda2 yang tak sepatutnya. Tengah trip tu, jaga solat, jangan melambat-lambatkan solat, semoga Allah menjaga kita pula, insyaAllah.

5. Perkara2 lain yang bermanfaat

Nak kerja ke, nak tolong parent kat rumah ke, nak jaga badan ke and etc. Asalkan niat di hati tu betul, insyaAllah akan menjadi ibadah kepadaNya.

Sebagai penutup.....

"Dan setiap umat mempunyai ajal. Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat meminta penundaan atau percepatan sesaatpun"(7:34)
 
Tiada siapa diantara kita yang pasti unurnya akan mencecah 60an, dan tiada siapa yang yakin dia akan masih bernafas pada esok hari. Oleh itu, cuba bayangkan kalau nyawa kita ditarik tatkala dalam hari-hari sebelumnya kita bergelumang dalam kelalaian dan dan maksiat, tanpa tiada secebispun di hati itu rasa hendak beramal. (semoga Allah menjauhkan kita daripada perkara ini). Takut-takut hidup kita akan berakhir dengan su'ul khotimah, bukannya husnul khotimah. So, marilah kita menjadi syabab yang hebat hatinya, mantap imannya, banyak pula amal solehnya. InsyaAllah.:)

Sekian wassalam,

Awasi Riya' dan Sum'ah

0 comments

Kita memohon kepada Allah agar membersihkan jiwa kita daripada penyakit riya'a dan sum'ah. Kerana keduanya adalah penyakit paling berbahaya. Bila penyakit tersebut menimpa seoarang hamba, maka rosaklah amal perbuatannya. (Dr. 'Aidh Al-Qorni, Al-Islam wa Qodhoyal 'Ashr(Mereka Ingin Memadamkan Matahari))
 Apa itu riya' dan sum'ah. Riya' biasa kita dengar, iaitu beramal dan berbicara hanya ingin dilihat oleh orang lain. Sum'ah mungkin tidak ramai yang tahu. Saya juga baru tahu lepas baca buku ni. Sum'ah adalah usaha mencari reputasi dan beramal demi populariti. Kedua-duanya adalah merupakan ciri-ciri kemunafikan.

Rasulullah saw bersabda " Barangsiapa bersikap riya', maka Allah akan memperlihatkan keriya'annya di akhirat kelak. Barangsiapa suka memperdengarkan ibadahnya, maka Allah akan memperdengarkan perbuatannya itu kelak" (HR Bukhari dan Muslim)

Manusia yang riya' ini hanya berlagak alim tatkala dikhalayak ramai. Tetapi apabila bersendirian, mereka tidak membatasi diri mereka dari perkara yang haram.

Rasulullah saw bersabda,
"Pada hari kiamat nanti, akan datang sekelompok orang membawa banyak kebajikan laksana gunung Tihamah yang berwarna putih yang akan diubah oleh Allah menjadi debu yang beterbangan" Para sahabat bertanya," Wahai Rasulullah! Bukankah mereka adalah kaum muslimin?"  Baginda menjawab, "Benar. Mereka solat sebagaimana kalian solat. Mereka juga berpuasa seperti kalian berpuasa. Bahkan mereka memiliki kelebihan harta untuk disedekahkan, dan juga melaksanakan solat malam. Tapi kalau sedang sendirian, mereka gemar melakukan perbuatan-perbuatan haram." (HR Ibn Majah)

Rasulullah turut memperingatkan kita tentang riya' ini dalam hadis yang lain,
"Sesunguhnya hal yang paling aku khawatirkan terhadap diri kalian adalah syirik kecil." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?" Beliau menjawab, "Riya'." (HR Ahmad)

Oleh itu, bagaimana caranya untuk diri kita bebas dari sifat munafik ini. Dr 'Aidh al-Qorni menyatakan tiga perkara penting dalam menyelamatkan diri dari riya' dan sum'ah.
1. Sedar yang memberi manfaat dan mudarat hanyalah Allah.
2. Sedar bahawa kemampuan makhluk adalah terbatas. Tidak mampu memberi manfaat dan  tidak pula mampu memberi mudarat, melainkan dengan kehendak Allah jua.
3. Sentiasa berdoa kepada Allah agar diri bebas dari perkara ini.

Doa Rasulullah, "Ya, Allah, aku berlindung kepadaMu jangan sampai aku menyekutukanMu dengan sesuatu sedangkan aku tahu, dan aku memohon ampun dari segala yang tidak aku tahu." (HR Ahmad)

Hasan Bashri juga berdoa agar dirinya bebas dari sifat-sifat ini,
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari riya' dan sum'ah. "

Jadi, saya menyeru kepada sahabat sekalian dan diri saya sendiri, agar kita sama-sama membetulkan niat kita dan bermujahadah dalam menjadi hambaNya yang mukhlis, insyaAllah.

Jangan kerana sifat kita yang tidak ikhlas akhirnya menyebabkan usaha kita terbantut. Perlulah kita sentiasa mewaspadai dan risau sama ada diri kita mempunyai sifat-sifat munafik, agar diri kita berjaya di akhirat kelak, insyaAllah.

Sekian, wassalam.

Redahan 2011(Part II)

0 comments

Dalam LRT

Zaha: Kita x de member duduk kat Datuk Keramat ke?
Syahir: Eh, ade. Firdaus.
Zaha: Oo, ye ke, Faqir gtau ak die tumpang rumah Firdaus malam ni, before gerak ke BTN. Ce try tanye diorang ade masjid x kat Datuk Keramat.

Setelah beberapa kali try, call xdak berjaya. Lalu kami pon turun kat Datuk Kermat dengan hati yang penuh tawakkal, insyaAllah. Syahir tanya akak di kaunter tiket, ade masjid tak area sini. Alhamdulillah, akak tu cakap ade, dekat je. Lalu, berpandukan cakap akak tadi dan beberapa penduduk area sana, kami pun sampai kat masjid tu, masjid....(alamak, dah lupe plak name masjid tu).

Di Masjid

Elok je kami masuk, nampak signboard kecil menyatakan yang masjid akan dikunci pada pukul 10. Saya tengaok jam, eh, dah pukul 10.15. Tiba-tiba dua orang bermotor masuk, agaknya tok siak masjid ni kot. Si Hamidi pun menyatakan masalah kami dan hasrat untuk tidur di masjid itu malam ini. Alhamdulillah, dia bagi kami tidur di kawasan belakang tempat solat. Ok la tu, still ade karpet dan kipas. Sebenarnya masih ade lagi cerita selepas itu. Tapi rasanya cukup lah untuk setakat ini. Selepas berusrah sekejap, kami pon tidur. Lepas bangun qiam, solat subuh, pastu kami berpeluang untuk mendengar ceramah tentang kematian. Lepas tu, kami dapat breakfast di masjid dengan nasi lemak, orang masjid tu buat jamuan. Alhamdulillah. Finally, pada pukul 8.30 pagi, kami pun bertolak ke LRT datuk keramat. Disana, saya berpisah dengan mereka yang lain. Saya ke Gombak, yang lain ke Low Yat.

Sekian, wassalam.

Redahan 2011(Part I)

0 comments

If you put your whole trust in Allah, as you ought, He most certainly will satisfy your needs, as He satisfies those of the birds. They come out hungry in the morning, but return full to their nest. (Tirmidhi)

Alhamdulillah, misi Redahan 2011 edisi pertama kami berjaya dengan penuh nikmat dan ibrah daripada Allah swt. 

Hah, mesti tak pernah dengar kan. Memanglah, Redahan ni kami(Azli, Shahir, Hamidi, dan Zaha) sendiri yang buat dan kami sendiri yang bagi nama, secara tak sengaja.
Hamidi: Zaha, lepas pegi kedai buku, malam tu nak tido mane?
Zaha: Masjid Jamek?
Hamidi: Masjid kat KL mane bleh tido malam.
Zaha: Oo, ye ke. X pelah , kita redah je la.
Hamidi: Oo, korang nak redah je la ni.
Zaha: Ha'ah
Hamidi: Ok. Korang nak redah kita redah ja le.

Ha, macamtu la alkisahnya. Sejak daripada tu kami secara tak sengajanya memanggil travel kami ni sebagai Redahan 2011, dengan harapan kami dapat meletakkan sepenuh tawakkal kepadaNya seperti mana tawakkalnya sang burung dalam hadis di atas.

Perjalanan kami dijadualkan bermula dari KL sentral, kemudia ke Wisma Yakin untuk pergi ke kedai buku Fajar Ilmu Baru, kemudian, perjalanan kami seterusnya akan menjadi totally redahan. Dekat kedai buku tu, Alhamdulillah kami dapat beli beberapa buku yang harapnya dapat digunakan untuk mentarbiyyah diri waktu cuti nanti. Aku beli buku "Al-Quran Saintifik", karangan Dr. Danial dan "Mereka Ingin Memadamkan Matahari" tulisan Dr. 'Aidh Al-Qorni, yang popular dengan buku La Tahzan tu. Diorang yang lain pon ade beli 2,3 buku.

DI MASJID INDIA:

Jam dah pukul 5.20 petang. Kami lepak di bahagian belakang saf sementara tunggu yang lain dari tandas. Tiba-tiba, 

"Allahuakbarullaaaahuakbar"

Eh! Aku dengan Shahir dah pelik. Jam aku dah 5.20. Aku tanye Shahir, jam dia pon kul 5.20. X salah. Tapi pelik, nape orang baru azan. Lalu si Hamidi pon membuat assumption yang masjid ni mungkin pakai cara kiraan waktu yang lain, kerana lain mazhab. Ktorang pon angguk je. Tapi, ok gak. Sebab akhirnya ktorang tetap dapat solat awal waktu berjemaah, saf pertama pulak tu( sebab letak bag dan buku kat depan, takut hlang), Alhamdulillah...
Di restoran mamak:

Dalam keadaan hujan yang dah semakin reda, kami singgah di restoran mamak satu ni. Isi perut dengan roti canai sambil bincang nak wat ape lpas ni. Akhirnya, kami decide utk main bowling di times square. 

Di times square:

Lepas solat maghrib kat surau, ktorang pon gi main bowling. On the way nak gi main bowling tu, sebelah dia ade tempat memanah. Tertarik gak kami. Mostly kami ni mmang x pernah mmanah, lgpun Nabi anjurkan kta utk tahu memanah. Tapi, dek krana dah sangat penat berjalan, energy pon dah x banyak, kami decide utk gi main bowling. Main bowling kalu baling slow2 pon sampai la jgak, tapi kalu memanah x kuat, anak panah x smpai target pon, segan bro.

Di LRT Hang Tuah(kalu x silap) :

Ya, tahap redahan kami semakin memuncak apabila kami dah x de arah tujuan nak gi.

Hamidi: Zaha, ko esok nak balik Gombak, Shahir ngan Azli pegi Bandar Tasik Selatan. Sooo, (sambil tgok peta di LRT) kta gi Datuk Keramat lah. Ok? Esok korang xde jauh sgat jalan. Kat kawasan tman camtu ade la kot masjid yang bleh tido.

Zaha: Emm, ok kot. Korang camne?

Azli: Redah je la. Cakap Redahan 2011.

Maka kami pon beli tiket utk gi ke Datuk Keramat.... 

to be continued....
bazaar di masjid india

Sekian wassalam...

Wahai pemuda, BANGKITLAH!!!

0 comments


“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah…..” (61: 14)

Berkata tentang pembela-pembela agama Allah, marilah kita menyingkap kembali sirah terdahulu pada zaman para sahabat. 

Siapakah dia yang telah menjadi pejuang-pejuang agama Allah pada zaman dahulu?
Merekalah para pemuda yang kental hatinya, mantap imannya, sempurna akidahnya dan tidak terbuai dengan tipu daya dunia. Mereka inilah yang telah ditarbiyah oleh Rasulullah dalam perancangan menegakkan panji-panji islam. 

Abu Bakar, lebih muda 3 tahun daripada Rasulullah, Umar, memeluk islam pada umur 27 tahun, Ali, menerima hidayah pada umur 10 tahun, Mus’ab bin Umair, Abdullah ibn Mas’ud, Bilal bin Rabbah, Salman al Farisi dan berpuluh lagi para sahabat merupakan golongan pemuda yang begitu kukuh akidah mereka hasil didikan tarbiyah daripada Muhammad saw.

Sekarang mari kita pergi ke depan sedikit, iaitu selepas zaman para sahabat. Siapakah pejuang-pejuang agama Allah yang telah menegakkan ketauhidan di muka bumi ini. Dialah Salahuddin al-Ayyubi, yang telah menakluk Jerusalem pada umur 40 lebih. Dialah Sultan Muhammad al-Fateh, yang telah menakluk Constantinople pada umur 21 tahun. 

Maka pada hari ini, mari kita bertanya pada diri kita, siapakah pemuda-pemuda yang akan kembali mendaulahkan Islam di muka bumi ini, siapakah pemuda-pemuda yang akan kembali menegakkan panji-panji syahadah di masa depan. Adakah kita akan tergolong dalam mereka-mereka yang menegakkan agama Islam. Adakah pada hari ini kita sudah cukup bersedia untuk menjadi pembantu-pembantu agama Allah. Mari kita tanya diri kita sendiri.

Adakah pemuda yang memenuhi masa lapangnya dengan movie akan dapat mencontohi Abu Bakar?

Adakah pemuda yang tidak lekang dengan lagu-lagu lagho akan dapat mencontohi Salman al-Farisi?

Adakah para pemuda yang tidur lambat kerana bermain game sama dengan Sultan Muhammad al-Fateh yang tidak pernah terlepas solat tahajjudnya di malam hari sesudah baligh?

Di mana tahap kita pada hari ini?
Suka saya untuk membawa beberapa hadis yang berkata tentang para pemuda, yang sepatutnya diketahui dan diambil pelajaran oleh setiap daripada kita:

1. Rasulullah saw bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara…masa mudamu sebelum masa tuamu” (HR al-Hakim)

2.  Rasulullah saw bersabda: “ Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan selain daripada perlindungan Allah……..pemuda yang sentiasa mengabdikan diri pada Allah pada masa umurnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

3. Rasulullah saw bersabda: “ Sesungguhnya Allah sangat mengkagumi pemuda yang tidak ada baginya masa muda( berhibur dan bersuka ria).” (HR Ahmad dan Abu Ya'la)

4. Rasulullah saw bersabda: “ Tidak akan melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga ditanya kepadanya tentang 4 perkara:…..masa mudanya, pada apa dia telah habiskan.” (HR Tirmizi)

Mungkin ada yang di antara kita merasakan dirinya tidak perlu untuk turut sama dalam perjuangan ini, merasakan dirinya cukup untuk sekadar memerhati. Di sini saya mahu membawa satu perumpamaan perbezaan bagi mereka yang sekadar memerhati dan bagi mereka yang turut bersama dalam perjuangan. 

 Baru-baru ini kelab Man Utd berjaya memegang takhta liga. Oleh itu saya mahu bertanya, adakah sama perasaan para penyokong kelab itu dan Alex Ferguson? Adakah sama perasaan mereka yang sekadar bersorak dengan pemain kelab itu sendiri? Dan adakah sama imbalan mereka yang sekadar memerhati permainan dan mereka yang bersusah payah memenangi perlawanan bola itu?  

Tidak sama sekali!
Perasaan mereka yang hanya memerhati akan pasti berbeza dengan mereka yang turut berjuang.
Imbalan mereka yang hanya memerhati pasti akan berbeza dengan mereka yang bersusah-payah.



Sekian wassalam.