Ya Allah,
Aku hambaMu yang lemah.
Ampunkanlah aku...
Ketidaksamarataan dalam Pendidikan
6 years ago
"Sesungguhnya Allah sangat kagum pada syabab(pemuda) yang tidak ada baginya sifat sobwah(suka berhibur dan bersuka ria)" Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Abu Ya'la
Ya Allah,
Aku hambaMu yang lemah.
Ampunkanlah aku...
Posted by Al-Fateh at 10:29 AM
Posted by Al-Fateh at 3:04 PM
Ikhlas adalah rahsia antara Allah s.w.t. dan hambaNya. Ia tidak diketahui malaikat, sehingga dia tidak berkuasa menulisnya. Tidak pula diketahui syaitan, sehingga dia tidak berkuasa merosakkannya. -Amru Khalid, Islahul Qulub (Penyucian Hati)Ikhlas merupakan satu perkara yang cukup berat, dan seharusnya diberi perhatian oleh setiap muslim. Kerana tahap ikhlas yang berbeza, seorang mendapat ganjaran satu pahala, tetapi yang seorang mendapat 700 kali pahala, sedangkan secara zahirnya, perbuatan mereka sama. Seorang pejuang agama, seorang dermawan dan seorang alim yang banyak mengajar secara zahirnya merupakan hamba Allah yang soleh dan sepatutnya ditempatkan di syurga. Tetapi akhirnya mereka adalah tiga golongan pertama yang akan masuk ke neraka, kerana apa? kerana mereka tidak ikhlas.Bukankah ini apa yang disebutkan oleh nabi s.a.w. dalam sebuah hadis
Inilah, contoh pertama sekali saya kemukakan agar saya boleh berkata: "Marilah kita membandingkan keikhlasan kita dengan air susu murni.
Perhatikanlah ungkapan 'susu yang murni' (labanan khalisan), maka demikianlah ikhlas dalam beramal. Ianya harus bersih dari segala jenis campuran.Jika ingin mengetahui darjat amal kita, bandingkan dengan gambaran ayat ini!
Ingatlah, Allah tidak memberi kita air susu, kecuali jika susu tersebut bersih dan jernih. Apakah kita akan memberinya amal yang bercampur?!
Posted by Al-Fateh at 11:20 PM
Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah dan penganalisaannya bukanlah semata-semata untuk melihat kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menelaah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala. (Ar-Raheeq Al-Makhtum)Buku Ar-Raheeq Al-Makhtum merupakan buku sirah nabawiyah yang telah memenangi tempat pertama pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, di Makkah. Jadi, sangatlah disarankan bagi mereka yang ingin mendalami sirah nabi, bacalah buku ni. Type je kat google tajuk buku ni, insyaAllah jumpa dlam bentuk pdf nye.
Posted by Al-Fateh at 10:39 AM
Tentangan kelima, menenggelamkan generasi ini ke dalam kelazatan dan kerosakan syahwat hingga mereka menjadi budak minuman keras dan perempuan. Saat ini, jutaan pemuda menghambur-hamburkan harta, banyak waktu kosong yang membinasakan, memiliki kepintaran dan kesungguhan. Namun, kesemuanya itu telah menenggelamkan mereka ke dalam kenikmatan dan upaya mencarinya hingga mereka binasa. -Dr. 'Aidh al-Qorni, Al-Islam wa Qodhoyal 'Ashr(Mereka Ingin Memadamkan Matahari)-
Posted by Al-Fateh at 9:30 AM
Daripada Abdullah bin Abbas r.a., Nabi saw bersabda: "Dua nikmat yang yang ramai manusia terpedaya dengannya: Sihat dan kelapangan." (HR Bukhari)Ramai daripada kita(terutamanya bdak x-kmb) sedang 'berlayar' di musim cuti yang sangat panjang. Setengahnya sampai bulan july, ramai yang semptember dan february next year pon ade. Woo, memang banyak mase lenggang kita. Jadi, nak buat ape time2 macam ni. Rasulullah sudah mengingatkan umatnya, agar kita jangan terpedaya dengan masa lapang macam ni.
Posted by Al-Fateh at 12:39 PM
Copyright © Seruan4Syabab. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block in collaboration with Blog and Web
Wordpress theme by N.Design Studio
Columnized by MangoOrange and supported by Web Hosting Geeks