Menuju Khusyuk
Labels: Solat 1 commentsPosted by Al-Fateh at 5:40 PM
Selamat Berjuang
Labels: Dakwah 0 commentsTeringat beberapa hari yang lalu, selepas selesai solat zohor, saya solat sunat sekejap.Selesai bersolat, saya memandang sekeliling masjid. Masih terdapat beberapa hamba Allah yang khusyuk solat dan ada pula yang berdoa. Dalam perjalanan nak menaiki motor untuk balik ke rumah, seorang pak imam datang mendekati saya. Bersapa dan berkenalan dengan saya.
Memikirkan cukup layakkah diri ini digelar seorang pejuang yang sedang berjuang.
Sampai kat rumah, saya teringat peringatan Allah tentang balasan yang berbeza untuk dua perjuangan yang berbeza. Apakah perjuangan itu? Ha, ini dia...
Wassalam...
Posted by Al-Fateh at 10:32 PM
Ringkasan Bab Pertama 'Pemuda Muslim Dalam Menghadapi cabaran masa Kini'
Labels: Pemuda 0 commentsDalam buku 'Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini' karangan Abdullah Naseh Ulwan terdapat 5 bab yang bagi saya sangat bagus untuk ditelaah oleh pemuda islam yang merasakan dirinya lemah dalam menempuh pelbagai cabaran di akhir zaman ini. Bab pertama merupakan 'Cabaran Syaitan dan Hawa Nafsu'. Ini ringkasannya......
Dalil Syaitan itu akan sentiasa menjadi musuh manusia:
Langkah-langkah melawan syaitan:
1. Jadikan syaitan musuh anda (35:6)
2. Istiqamah dengan jalan yang lurus (6:153)
3. Memohon perlindungan kepada Allah (16:98-100)
4. Sentiasa ingat kepada Allah (43:36-37)
5. Muraqabah (7:201)
6. Jauhi orang-orang yang alpa (6:68)
Rasanya tidak perlu untuk saya mengulas dengan lebih lanjut. Untuk pencerahan yang lebih lanjut, saya akan sediakan link untuk mendownload buku ini dalam bentuk pdf.
Berkaitan godaan nafsu pula, berikut ringkasannya.....
Nafsu:
Dalam hidup ini, Allah sudah memberi pilihan kepada manusia sama ada mahukan jalan ketakwaan ataupun kekufuran. Oleh itu, terpulang kepada manusia sama ada mahu menjadi orang yang beruntung atau orang yang rugi.
Bagi orang-orang yang tetap teguh dengan imannya tatkala godaan nafsu datang menduga, maka bergembiralah dengan janji Allah yang tiada keraguan padanya.
Allah juga sudah menyatakan amarannya kepada orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhannya.
peringatan kpd orng yg menjadikan nafsu sbgai tuhannya.
Cara utk bebas drpd hawa nafsu:
1. Tingkatkan iman
- yakin Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yg kita lakukan. Ya, mari kita mengamalkan muraqabah.
2. Isi masa dengan perkara berfaedah
- apabila besendirian ataupun berangan-angan kosong, syaitan akan mudah menghasut nafsu
3. Bersahabat dengan orang-orang yg baik
- sahabat akan mempengruhi diri seseorang
Posted by Al-Fateh at 6:27 PM
Kerana Allah, Kerana Rasul
Labels: Transform 0 comments
Posted by Al-Fateh at 5:13 PM
The Destroyer of Iman
Labels: Iman 0 commentsSalah satu anggota yang rasanya sangat aktif bekerja dalam kehidupan kita. Tapi bagaimana yang dikatakan mulut itu boleh membawa kepada kelemahan iman.
“Sesungguhnya pandangan matamu adalah salah satu dari anak panah beracun milik syaitan yang telah dikutuk oleh ALLAH. Barangsiapa yang menjaga pandangannya semata-mata kerana ALLAH, nescya ALLAH akan memberikan kepadanya nikmat keimanan, sebagai kemanisan yang diperolehinya di dalam hati.” (HR : Hakim)
“Saya bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang tiba-tiba (tidak sengaja), maka beliau memerintahan aku untuk memalingkan pandanganku”
“Wahai Ali janganlah engkau mengikuti pandangan (pertama yang tidak sengaja) dengan pandangan (berikutnya), karena bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir (pandangan yang kedua)”
Posted by Al-Fateh at 8:14 AM
My Precious Thing
Labels: Sedar 0 commentsSaya rasa anda semua semestinya mempunyai barang atau sesuatu yang amat dihargai. Mungkin kerana harganya yang mahal, kerana nilainya yang tinggi atau mugkin juga kerana siapa yang memberikannya. Sudah semestinya apabila kita mencintai sesuatu barang itu, kita akan menjaganya dengan penuh perhatian dan berhati-hati.
Jika kita sangat menyayangi handset kita contohnya, apa yang akan kita lakukan? Sudah semestinya kita akan menjaganya dengan penuh berhati-hati, tidak membiarkan screennya tercalar apalagi membiarkan ia terjatuh. Tatkala secara tak sengaja screen handset kita tercalar, runtunlah hati ini. Jika handset tadi kita misplace, lantas tidak kelam-kabut mencarinya di merata tempat. Jika setelah penat mencari tetap tidak berjumpa, murunglah diri ini selama beberapa hari. Kerana apa? Jelas dan nyata kerana cinta dan sayangnya kita kepada handset yang sangat bernilai dan berharga tadi.
Saudaraku,
Sedarkah kalian selain handset, laptop, kamera dan barang-barang lain yang kita anggap sangat berharga itu, kita juga mempunyai dua nikmat terbesar yang bukan semua manusia mampu memilikinya. Nikmat terbesar yang perlu kita hargai lebih dari yang lain-lainya. Nikmat yang perlu kita jaga dengan semaksima mungkin. Apakah dua nikmat itu?
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu dan telah Aku cukupkan nikmatKu atasmu dan Aku redha Islam sebagai agamamu”.
(5:3)
Sufyan Ibnu Uyainah berkata, “Tidak ada satu nikmat pun dari Allah untuk hambaNya yang lebih utama, daripada diajarkannya kalimat LA ILAHA ILLALLAH.”
Itulah nikmat yang terbesar. Dua nikmat yang merupakan nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Dengan keimanan di hati, maka seseorang itu akan ke syurga juga akhirnya. Islam, satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah. Tiada pilihan agama lain bagi orang-orang yang ingin mencari keredhaan Allah kecuali hanya Islam.
Oleh itu, satu persoalan disini, sejauh manakah kita telah menghargai dan menjaga nikmat terbesar ini?
Tatkala handset kita rosak, maka segera kita pergi membaikinya,
Tatkala iman kita tercemar, adakah kita segera mengubatinya?
Apabila kita sentiasa menjaga handset kita dari terjatuh,
Adakah kita sentiasa menjaga iman di hati agar tidak merudum?
Bilamana kita marah orang lain merendah-rendahkan kualiti handset kita,
Sudahkah kita sentiasa menjaga kesucian dan kemulian Islam?
Jika semua persoalan diatas tidak mampu untuk kita menjawab, maka sedarlah bahawa perlunya kita berubah dalam segenap aspek agar apa yang kita perkatakan sebagai dua nikmat terbesar itu, dapat kita kukuhkan lagi melalui apa yang kita lakukan. Marilah kita bersama mengorak langkah mempertahankan nilai IMAN dan ISLAM yang telah turut diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Jadi bagaimana caranya untuk menjaga nikmat iman dan Islam ini?
InsyaAllah akan saya sambung dalam post yang seterusnya......
Posted by Al-Fateh at 11:55 PM
Copyright © Seruan4Syabab. All rights reserved.
Blogger template created by Templates Block in collaboration with Blog and Web
Wordpress theme by N.Design Studio
Columnized by MangoOrange and supported by Web Hosting Geeks



