Buat Ikwah Fillah Tercinta

1 comments

Setelah sekian lama tidak mencoret sebarang kata di alam maya ini, terdetik hati ana untuk berkongsi sebuah syair dari Muhammad Iqbal, seorang seniman islam pada zaman kehebatan Islam dahulu. Khas buat ikhwah fillah tercinta...

Siapa yang berjuang,
untuk meninggikan syariat Islam,
hingga tersebar ke seluruh pelusuk alam,
bagaikan bintang-bintang yang bersinar di kala 
malam

Mantapkan jiwamu,
bagaikan semantap gunung,
berkemungkinan tiba masanya 
kamu terpaksa,
mengharungi lautan samudera.
Sebelum para-para mujahid,
merempuh, membuka sebuah negara
sudah bergema suara azan,
tetapi, yang memekak telinga,
masih belum kedengaran.
Kami terus mara ke hadapan,
biarpun dada bersarang,
tidak tercuit di hati rasa gentar.
sekalipun berhadapan raja yang taghut!
Di medan pertempuran mujahid,
di surau dan masjid menjadi duat,
Islam berkembang bagaikan cendawan.

Terus mara, berjuang.......
mengabdi diri pada yang Esa,
pencipta semesta alam,
padaNya jua qada dan qadar.
Bulat hati, memohon rahmat,
moga kami disampingMu,
setiap waktu dan ketika.
Wahai saudaraku, teruskan perjuanganmu,
Moga di syurga kita bertemu.....
Wassalam.......




Menuju Khusyuk

1 comments

Alhamdulillah, semalam satu ceramah yang sangat mantap telah disampaikan di surau kolej. Penceramah, ustaz Hasnan menekankan tentang pemahaman dan penghayatan bagi setiap bacaan dalam solat amat penting dalam usaha memperoleh kekhusyukan dalam solat. Ustaz ini juga sebenarnya telahpun menghasilkan bukunya yang bertajuk "RAHSIA KHUSYUK". 


Jadi, bila sebut tentang usaha khusyuk solat, pasti ramai yang sudah tahu cara-caranya. Memandang ke tempat sujud, berwudhuk dengan sempurna, tidak melakukan pergerakan luar dari solat dan bermacam-macam lagi. Namun, terdapat satu faktor yang jarang sekali orang memperkatakan tentang ia. Saya juga sebenarnya baru sahaja mengetahui tentang perkara ini selepas membaca buku "Rahsia Air Mata Khusyuk" tulisan Muhammad Hasan al-Basri. Sebelum itu, saya ceritakan dahulu sebuah kisah tentang seorang sufi bernama Abu Yazid.

Dalam sejarah para tokoh sufi, Abu Yazid al-Busthami terkenal sebagai hamba Allah yang mencapai darjat wali. Dalam buku "Perdebatan Langit dan Bumi" diceritakan suatu malam seperti biasa, Abu Yazid mengerjakan solat malam supaya sentisa dekat dengan Allah. Namun begitu, malam itu terasa aneh baginya kerana dia tidak merasai kenikmatan dalam solatnya. Abu Yazid bingung, apakah yang menyebabkannya tidak dapat khusyuk seperti biasa?

Aduh, kalau nak ditulis full story panjang sangat. So. saya cerita sinopsis je. Siapa yang nak baca full strory boleh lah dicari di kedai-kedai buku yang berdekatan.

Selepas dia hilang khusyuk, lalu dia berhenti bersolat dan mencari punca hilangnya khusyuknya. Lalu diapun menilai setiap barang yang dia miliki, mencari jika ada barang yang sudah tidak bermanfaat baginya. Namun, pencariannya tidak berhasil. Oleh itu, dia memanggil semua anak muridnya untuk menolong dia mencari setiap barang di rumahnya yang dirasakan tidak bermanfaat baginya. First try, anak murid dia gagal jumpa. Tetapi, Abu Yazid tetap tidak berpuas hati. Jadi dia suruh sekali lagi anak-anak muridnya mencari. Akhirnya, mission accomplished. Anak muridnya menemui setengah gugus anggur merah di balik pintu belakang rumah. Walaupun mula-mulanya anak muridnya yang lain ragu-ragu tentang perkara itukah yang telah menyebabkan solat guru mereka tidak khusyuk. Akhirnya, ini apa yang diucapkan Abu Yazid kepada anak-anak muridnya.

" Ya, inilah yang menyebabkan solat malam ku kurang khusyuk. Sekarang, sedekahkanlah setengah gugus anggur merah itu kepada fakir miskin! Ketahuilah, rumahku ini bukan kedai buah-buahan!"

Selepas itu, Abu Yazid pun meneruskan solat malamnya dengan penuh khusyuk.
Jadi, kisah diatas menunjukkan yang kehidupan kita sebelum mengangkat takbir menghadap Ilahi juga sangat memainkan peranan yang penting dalam kekhusyukan kita dalam solat. 

Jika Abu Yazid sangat risau jika ada hartanya yang tidak bermanfaat, sudahkah kita juga melakukan penilaian yang sama terhadap kehidupan harian kita. Laptop contohnya, adakah kita menggunakannya dengan semanfaat mungkin(homework, assignment, etc)? atau lebih banyak kita gunakan ia ke arah kelalaian(movie, games, chatting, etc) yang akhirnya membawa kepada kelemahan iman. Adakah setiap masa yang diberi Allah kepada kita telah kita gunakan sefaedah mungkin? Atau kita masih banyak berlagho melalaikan diri.

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan, pahala-pahala yang telah kita lepaskan. Moga-moga Allah sentiasa menerima taubat kita dan membimbing kita ke jalan ketakwaan. Amin..

Selamat Berjuang

0 comments


Teringat beberapa hari yang lalu, selepas selesai solat zohor, saya solat sunat sekejap.Selesai bersolat, saya memandang sekeliling masjid. Masih terdapat beberapa hamba Allah yang khusyuk solat dan ada pula yang berdoa. Dalam perjalanan nak menaiki motor untuk balik ke rumah, seorang pak imam datang mendekati saya. Bersapa dan berkenalan dengan saya.

"Adik ni anak sape?" pak imam tu tanye saya. 
 
Biasalah, kalau orang-orang tua nak berkenalan dengan kita, mesti dia tanya siapa ayah atau emak. Yelah, kalau dia tanya nama pun bukan kenal, so nak kenal dia akan tanya siapa ayah atau emak. Selepas menjawab saya ni anak siapa, baru la dia mengangguk. Tandanya dia kenal siapa keluarga saya. Penduduk kampung memang bagus, jarang ada orang yang tidak kenal siapa orang-orang kampung dia.
 
"Adik sekolah kat mane?" Dia bertanya lagi. Ingin mengetahui lebih mendalam.

"Saya sekolah kat kolej mara banting. Dekat selangor." Saya menjawab.

"Oo. Bagus2. " Pak imam tu mengangguk. Mungkin dia tahu dimana banting.

Lastly, sebelum pak imam tu beredar, dia cakap,
"Teruskan perjuangan"

Saya agak terpegun sebentar.

Memikirkan cukup layakkah diri ini digelar seorang pejuang yang sedang berjuang.

Sampai kat rumah, saya teringat peringatan Allah tentang balasan yang berbeza untuk dua perjuangan yang berbeza. Apakah perjuangan itu? Ha, ini dia...

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan" (11:15)

Allah berfirman, siapa yang berjuang untuk dunia maka pasti dia akan mendapat segala apa yang dia mahukan berdasarkan usaha dia. Tapi, balasannya kelak....

 "Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah disana apa yang mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan" (11:16)

Namun, dalam surah As-Saff, Allah menjanjikan syurga bagi siapa yang berjuang di jalanNya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (61:10-11)

Oleh itu, terpulanglah kepada kita sama ada mahu berjuang untuk mengejar dunia semata-mata atau menjadikan usaha kita di dunia ini sebagai perjuangan di atas jalanNya. 

Dan, lastly, sempena kepulangan student2 KMB ke kolej pada esok hari, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERJUANG!!!

Wassalam...

Ringkasan Bab Pertama 'Pemuda Muslim Dalam Menghadapi cabaran masa Kini'

0 comments

Dalam buku 'Pemuda Muslim Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini' karangan Abdullah Naseh Ulwan terdapat 5 bab yang bagi saya sangat bagus untuk ditelaah oleh pemuda islam yang merasakan dirinya lemah dalam menempuh pelbagai cabaran di akhir zaman ini. Bab pertama merupakan 'Cabaran Syaitan dan Hawa Nafsu'. Ini ringkasannya......

Dalil Syaitan itu akan sentiasa menjadi musuh manusia:

"Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat). Allah berfirman: Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu). Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. " 
(7:14-17) 

"Iblis berkata: Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, " (15:39)

Dua dalil di atas menjelaskan kepada kita dimana syaitan akan menjadi seteru yang sentiasa akan berusaha menghasut anak adam agar berbuat maksiat dan dosa lantas melupakan tuhan yang mengusai hari pembalasan, Oleh itu, wahai para pemuda, kita perlu tahu bagaimana caranya untuk berhadapan dengan cabaran ini. Ini apa yang Abdullah Naseh Ulwan sarankan...

Langkah-langkah melawan syaitan:
1. Jadikan syaitan musuh anda (35:6)
2. Istiqamah dengan jalan yang lurus (6:153)
3. Memohon perlindungan kepada Allah (16:98-100)
4. Sentiasa ingat kepada Allah (43:36-37)
5. Muraqabah (7:201)
6. Jauhi orang-orang yang alpa (6:68)

Rasanya tidak perlu untuk saya mengulas dengan lebih lanjut. Untuk pencerahan yang lebih lanjut, saya akan sediakan link untuk mendownload buku ini dalam bentuk pdf.

Berkaitan godaan nafsu pula, berikut ringkasannya.....

Nafsu:
Dalam hidup ini, Allah sudah memberi pilihan kepada manusia sama ada mahukan jalan ketakwaan ataupun kekufuran. Oleh itu, terpulang kepada manusia sama ada mahu menjadi orang yang beruntung atau orang yang rugi.

"Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). " (76:3)

Bagi orang-orang yang tetap teguh dengan imannya tatkala godaan nafsu datang menduga, maka bergembiralah dengan janji Allah yang tiada keraguan padanya.

"Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. " (79:40-41)

Allah juga sudah menyatakan amarannya kepada orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhannya.
peringatan kpd orng yg menjadikan nafsu sbgai tuhannya.

"Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf? " (45:23)

Oleh itu wahai para pemuda, janganlah kita mudah menyerah kalah kepada pujukan nafsu. Buktikan kekuatan  hatimu, bukan sekadar tenagamu. Buktikan ia kepada tuhanmu, bukan sekadar kepada manusia. Dan dengan itu kamu akan menjadi pemuda yang hebat di sisi Allah.

Berikut merupakan saranan Abdullah Naseh Ulwan dalam berhadapan dengan pujukan hawa nafsu....

Cara utk bebas drpd hawa nafsu:

1. Tingkatkan iman
- yakin Allah sentiasa melihat, mendengar dan mengetahui apa yg kita lakukan. Ya, mari kita mengamalkan muraqabah.

2. Isi masa dengan perkara berfaedah
- apabila besendirian ataupun berangan-angan kosong, syaitan akan mudah menghasut nafsu

3. Bersahabat dengan orang-orang yg baik
- sahabat akan mempengruhi diri seseorang
Jadi, sekian sahaja ringkasan saya daripada pembacaan saya. Afwan jika ada yang terlalu ringkas hingga menyebabkan mesej tidak kesampaian. Untuk lebih pencerahan, ini link untuk mendownload buku pdf tersebut. Download

Kerana Allah, Kerana Rasul

0 comments


sambungan post The Destroyer of Iman

Mungkin ada yang mula sedar dan timbul rasa hati ingin transform to be a better muslim. Tapi, mungkin juga ada yang merasakan sudah cukup selesa dengan keadaan diri dan tidak merasakan yang dirinya perlu berubah.

lantak aku la. Ko sibuk pesal”
“aku buat jahat ko kisah ape. Bukan ko dapat masalah pon”

Ye. Apabila orang lain buat jahat, selagi mana kita tidak bersubahat, kita tak kan dapat saham. Tapi, kita perlu sedar, apabila seorang yang bergelar muslim, setiap apa yang dia lakukan tidak hanya melibatkan dirinya  sendiri. Ada perkara lain yang akan turut terlibat. Iaitu, Islam yang dia anuti dan iman yang dia pegang. Apabila kita tidak menjaga diri kita dari kancah kemaksiatan dan perkara-perkara mungkar, seoalah-olah kita telah menjatuhkan martabat agama kita sendiri, Islam. Dan kita juga seolah-olah telah mencalarkan dengan tangan kita sendiri sesuatu yang kita patut peliharai, iman.

 Kerana inilah saya menulis tentang perkara ini. Agama dan kepercayaan yang kita pegang adalah sama. Oleh itu, apabila seorang muslim yang lain membuat kemungkaran, muslim yang lain tidak boleh memandang enteng. Islam yang kita pegang bukan sekadar agama yang dianuti oleh nenek moyang kita, tapi ianya agama yang diturunkan oleh Tuhan sekalian alam.

 Tidak gentarkah hati ini tatkala kita dengan sewenangnya menjatuhkan kesucian agama ini. Tidak terfikirkah kita siapa lagi yang sepatutnya menjaga kemurniaan Islam kalau bukan penganutnya sendiri. Dan iman. Sedarkah kita iman yang kita nikmati pada hari ini bukan datang dengan percuma. Tahukah kita siapa yang telah berjuang bermati-matian demi mempertahankan dan menyebarkan kepercayaan ini. Dia dipulau, dia dikeji, dia dicemuh, dia dibaling dengan batu dan pelbagai lagi cabaran yang hebat, namun dia tetap teguh dengan kerjanya. Siapa? Dialah Nabi Muhammad S.A.W. Tahukah kita betapa Nabi sayangkan umatnya. Tatkala baginda sedang berhadapan dengan ajalnya, apa yang baginda risaukan?

Ummati…ummati….ummati….”

Tanyalah diri kita, siapa orang yang baginda sangat risaukan ini kalau bukan diri kita. Dan….tanyalah diri kita sejauh mana kita ingat dan rindu kepada Nabi kita. 

Saudaraku,                                                                                                                                   
 Tidakkah kita malu jika pada hari ini Rasulullah melihat kita dengan mudahnya menodai iman kita. Tidakkah kita berfikir betapa sedihnya Baginda jika melihat kita langsung tidak mempertahankan keimanan kita. 

Oleh itu, mari kita bersama-sama transform diri kita menjadi muslim 360⁰. (2:208)
Muslim yang sentiasa menjaga kesucian agamanya.
Muslim yang sentiasa mempertahankan keimanannya.
Apabila pujukan nafsu dan syaitan datang menyerang.

Lastly, sorry for writing yang mungkin tunggang langgang. Mungkin kerana dah terlalu lama procastinate post ni. Sekarang baru terdaya untuk menulis ape yang terpendam dalam hati. 

Wassalam….

The Destroyer of Iman

0 comments

....sambungan post My Precious Thing
 

Setiap perkara yang berdosa itu sudah semestinya akan membawa kesannya kepada iman kita. Oleh itu, sangat banyak rasanya jika ingin dibicarakan. Oleh itu, saya mengambil beberapa perkara yang rasanya sangat sering berlaku di kalangan pemuda pada hari ini. Perkara yang berdosa yang dianggap enteng dek kerana kebiasaan. Sehinggakan generasi seterusnya akan menyangkakan yang ia langsung tidak salah.
Pada kali ini, saya ingin memperkatakan tentang dua pancaindera yang sangatlah perlu dijaga dalam usaha kita untuk memantapkan iman.

Mulut:


Salah satu anggota yang rasanya sangat aktif bekerja dalam kehidupan kita. Tapi bagaimana yang dikatakan mulut itu boleh membawa kepada kelemahan iman. 
“Tidak ada yang lebih berat pada timbangan orang mukmin pada hari kiamat melainkan akhlak yang baik dan sesungguhnya Allah S.W.T. membenci orang yang berperi laku dan berkata jahat (caci dan cela).” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
“Bukanlah seorang mukmin itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan juga yang suka berkata kotor atau lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Dua hadis sahih di atas cukup rasanya untuk menjelaskan apa yang ingin saya sampaikan. Sangatlah tidak sepatutnya seorang manusia yang mengaku dirinya beriman sering kali mengeluarkan kata-kata yang hina dari mulutnya. Mungkin ada yang merasakan semua perkara-perkara ini telah mereka ketahui. Tetapi, sejauh mana perbuatan kita melambangkan kesedaran kita? Daripada perkataan-perkataan yang mencarut sehinggalah kepada perkataan-perkataan yang lucah, semuanya dianggap satu kebiasaan dan bahan untuk berhibur. 
Daripada mulut yang kotor maka turunlah kesannya kepada hati. Dan apabila hati juga sudah menjadi kotor, maka bermaharajalelalah syaitan sehingga manusia itu tidak langsung rasa bersalah atas apa yang telah dilakukannya.

Mata

Anggota yang paling kuat bekerja selagi mana kita tidak tidur. Jadi, apa kaitannya mata dengan iman?
Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Sesungguhnya pandangan matamu adalah salah satu dari anak panah beracun milik syaitan yang telah dikutuk oleh ALLAH. Barangsiapa yang menjaga pandangannya semata-mata kerana ALLAH, nescya ALLAH akan memberikan kepadanya nikmat keimanan, sebagai kemanisan yang diperolehinya di dalam hati.” (HR : Hakim)
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (24:30)
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan….” (24:31)
Dalil-dalil di atas jelas mununjukkan kesan pandangan kepada iman kita. Allah telah memberi perintah kepada lelaki mahupun kepada perempuan agar mereka menundukkan pandangan mereka daripada perkara yang haram. Namun, mungkin ada pula yang mempersoalkan adakah memandang wanita bukan mahram itu terjatuh dalam kategori yang haram. Tetapi, dalil-dalil di bawah jelas menunjukkan hukum perkara ini.
Dari Abu Sa’id Al-Khudry radhiyallahu ‘anhu riwayat Bukhary-Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:

 “Berhati-hatilah kalian dari duduk di jalan-jalan, mereka bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah ada apa-apanya (bahayanya) dari majlis-majlis yang kami berbicara di dalamnya?’ Rasulullah s.a.w. menjawab, ‘Apabila kalian tidak mahu kecuali harus bermajlis, maka berikanlah kepada pejalan haknya,’ mereka bertanya, ‘Dan apa haknya?’ Rasulullah menjawab, ‘Menundukkan pandangan, menahan diri dari mengganggu, menjawab salam dan amar ma’ruf nahi mungkar.’.”

Berkata Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fathul Bary (11/11), “Dalam hadis ini terdapat petunjuk bahwa Rasulullah s.a.w. melarang duduk di jalan, hal ini untuk menjaga timbulnya penyakit hati dan fitnah dari memandang laki-laki ataupun wanita selain mahramnya.”

Dari Jarir bin Abdillah radliyallahu ‘anhu , ia berkata,

“Saya bertanya  kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang pandangan yang tiba-tiba (tidak sengaja), maka beliau memerintahan aku untuk memalingkan pandanganku”

Dari Buraidah, dia berkata, “Rasulullah s.a.w. berkata kepada Ali radliyallahu ‘anhu,

“Wahai Ali janganlah engkau mengikuti pandangan (pertama yang tidak sengaja) dengan pandangan (berikutnya), karena bagi engkau pandangan yang pertama dan tidak boleh bagimu pandangan yang terakhir (pandangan yang kedua)”
Akhir sekali, Allah telah memberi amaran dalam firmanNya,
“Allah mengetahui pengkhianatan (penyelewengan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa yang tersembunyi di dalam hati.” (40:19)
Para ulama’ telah menafsirkan pengkhianatan pandangan salah satunya adalah dengan memandang wanita bukan mahram.
Maka jelaslah hukum bagi lelaki yang mengaku dirinya beriman, adalah haram bagi mereka memandang kepada wanita yang bukan mahram. Begitu juga kepada wanita, haram bagi mereka untuk memandang kepada lelaki yang bukan mahram.
Namun, dibolehkan untuk tujuan-tujuan seperti ada urusan perbincangan, pembelajaran atau sebagainya selagi mana mata itu tidak memandang dengan tujuan untuk menikmati keindahan rupa paras rakan yang berlawanan jantina itu tadi. Dan, selagi mana perkara ini boleh dielakkan, maka elakkanlah ia. Agar iman di hati akan bercambah dengan risaunya kita akan keadaannya. InsyaAllah.