Redahan 2011(Part I)

0 comments

If you put your whole trust in Allah, as you ought, He most certainly will satisfy your needs, as He satisfies those of the birds. They come out hungry in the morning, but return full to their nest. (Tirmidhi)

Alhamdulillah, misi Redahan 2011 edisi pertama kami berjaya dengan penuh nikmat dan ibrah daripada Allah swt. 

Hah, mesti tak pernah dengar kan. Memanglah, Redahan ni kami(Azli, Shahir, Hamidi, dan Zaha) sendiri yang buat dan kami sendiri yang bagi nama, secara tak sengaja.
Hamidi: Zaha, lepas pegi kedai buku, malam tu nak tido mane?
Zaha: Masjid Jamek?
Hamidi: Masjid kat KL mane bleh tido malam.
Zaha: Oo, ye ke. X pelah , kita redah je la.
Hamidi: Oo, korang nak redah je la ni.
Zaha: Ha'ah
Hamidi: Ok. Korang nak redah kita redah ja le.

Ha, macamtu la alkisahnya. Sejak daripada tu kami secara tak sengajanya memanggil travel kami ni sebagai Redahan 2011, dengan harapan kami dapat meletakkan sepenuh tawakkal kepadaNya seperti mana tawakkalnya sang burung dalam hadis di atas.

Perjalanan kami dijadualkan bermula dari KL sentral, kemudia ke Wisma Yakin untuk pergi ke kedai buku Fajar Ilmu Baru, kemudian, perjalanan kami seterusnya akan menjadi totally redahan. Dekat kedai buku tu, Alhamdulillah kami dapat beli beberapa buku yang harapnya dapat digunakan untuk mentarbiyyah diri waktu cuti nanti. Aku beli buku "Al-Quran Saintifik", karangan Dr. Danial dan "Mereka Ingin Memadamkan Matahari" tulisan Dr. 'Aidh Al-Qorni, yang popular dengan buku La Tahzan tu. Diorang yang lain pon ade beli 2,3 buku.

DI MASJID INDIA:

Jam dah pukul 5.20 petang. Kami lepak di bahagian belakang saf sementara tunggu yang lain dari tandas. Tiba-tiba, 

"Allahuakbarullaaaahuakbar"

Eh! Aku dengan Shahir dah pelik. Jam aku dah 5.20. Aku tanye Shahir, jam dia pon kul 5.20. X salah. Tapi pelik, nape orang baru azan. Lalu si Hamidi pon membuat assumption yang masjid ni mungkin pakai cara kiraan waktu yang lain, kerana lain mazhab. Ktorang pon angguk je. Tapi, ok gak. Sebab akhirnya ktorang tetap dapat solat awal waktu berjemaah, saf pertama pulak tu( sebab letak bag dan buku kat depan, takut hlang), Alhamdulillah...
Di restoran mamak:

Dalam keadaan hujan yang dah semakin reda, kami singgah di restoran mamak satu ni. Isi perut dengan roti canai sambil bincang nak wat ape lpas ni. Akhirnya, kami decide utk main bowling di times square. 

Di times square:

Lepas solat maghrib kat surau, ktorang pon gi main bowling. On the way nak gi main bowling tu, sebelah dia ade tempat memanah. Tertarik gak kami. Mostly kami ni mmang x pernah mmanah, lgpun Nabi anjurkan kta utk tahu memanah. Tapi, dek krana dah sangat penat berjalan, energy pon dah x banyak, kami decide utk gi main bowling. Main bowling kalu baling slow2 pon sampai la jgak, tapi kalu memanah x kuat, anak panah x smpai target pon, segan bro.

Di LRT Hang Tuah(kalu x silap) :

Ya, tahap redahan kami semakin memuncak apabila kami dah x de arah tujuan nak gi.

Hamidi: Zaha, ko esok nak balik Gombak, Shahir ngan Azli pegi Bandar Tasik Selatan. Sooo, (sambil tgok peta di LRT) kta gi Datuk Keramat lah. Ok? Esok korang xde jauh sgat jalan. Kat kawasan tman camtu ade la kot masjid yang bleh tido.

Zaha: Emm, ok kot. Korang camne?

Azli: Redah je la. Cakap Redahan 2011.

Maka kami pon beli tiket utk gi ke Datuk Keramat.... 

to be continued....
bazaar di masjid india

Sekian wassalam...

Wahai pemuda, BANGKITLAH!!!

0 comments


“Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah…..” (61: 14)

Berkata tentang pembela-pembela agama Allah, marilah kita menyingkap kembali sirah terdahulu pada zaman para sahabat. 

Siapakah dia yang telah menjadi pejuang-pejuang agama Allah pada zaman dahulu?
Merekalah para pemuda yang kental hatinya, mantap imannya, sempurna akidahnya dan tidak terbuai dengan tipu daya dunia. Mereka inilah yang telah ditarbiyah oleh Rasulullah dalam perancangan menegakkan panji-panji islam. 

Abu Bakar, lebih muda 3 tahun daripada Rasulullah, Umar, memeluk islam pada umur 27 tahun, Ali, menerima hidayah pada umur 10 tahun, Mus’ab bin Umair, Abdullah ibn Mas’ud, Bilal bin Rabbah, Salman al Farisi dan berpuluh lagi para sahabat merupakan golongan pemuda yang begitu kukuh akidah mereka hasil didikan tarbiyah daripada Muhammad saw.

Sekarang mari kita pergi ke depan sedikit, iaitu selepas zaman para sahabat. Siapakah pejuang-pejuang agama Allah yang telah menegakkan ketauhidan di muka bumi ini. Dialah Salahuddin al-Ayyubi, yang telah menakluk Jerusalem pada umur 40 lebih. Dialah Sultan Muhammad al-Fateh, yang telah menakluk Constantinople pada umur 21 tahun. 

Maka pada hari ini, mari kita bertanya pada diri kita, siapakah pemuda-pemuda yang akan kembali mendaulahkan Islam di muka bumi ini, siapakah pemuda-pemuda yang akan kembali menegakkan panji-panji syahadah di masa depan. Adakah kita akan tergolong dalam mereka-mereka yang menegakkan agama Islam. Adakah pada hari ini kita sudah cukup bersedia untuk menjadi pembantu-pembantu agama Allah. Mari kita tanya diri kita sendiri.

Adakah pemuda yang memenuhi masa lapangnya dengan movie akan dapat mencontohi Abu Bakar?

Adakah pemuda yang tidak lekang dengan lagu-lagu lagho akan dapat mencontohi Salman al-Farisi?

Adakah para pemuda yang tidur lambat kerana bermain game sama dengan Sultan Muhammad al-Fateh yang tidak pernah terlepas solat tahajjudnya di malam hari sesudah baligh?

Di mana tahap kita pada hari ini?
Suka saya untuk membawa beberapa hadis yang berkata tentang para pemuda, yang sepatutnya diketahui dan diambil pelajaran oleh setiap daripada kita:

1. Rasulullah saw bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara…masa mudamu sebelum masa tuamu” (HR al-Hakim)

2.  Rasulullah saw bersabda: “ Tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan selain daripada perlindungan Allah……..pemuda yang sentiasa mengabdikan diri pada Allah pada masa umurnya.” (HR Bukhari dan Muslim)

3. Rasulullah saw bersabda: “ Sesungguhnya Allah sangat mengkagumi pemuda yang tidak ada baginya masa muda( berhibur dan bersuka ria).” (HR Ahmad dan Abu Ya'la)

4. Rasulullah saw bersabda: “ Tidak akan melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga ditanya kepadanya tentang 4 perkara:…..masa mudanya, pada apa dia telah habiskan.” (HR Tirmizi)

Mungkin ada yang di antara kita merasakan dirinya tidak perlu untuk turut sama dalam perjuangan ini, merasakan dirinya cukup untuk sekadar memerhati. Di sini saya mahu membawa satu perumpamaan perbezaan bagi mereka yang sekadar memerhati dan bagi mereka yang turut bersama dalam perjuangan. 

 Baru-baru ini kelab Man Utd berjaya memegang takhta liga. Oleh itu saya mahu bertanya, adakah sama perasaan para penyokong kelab itu dan Alex Ferguson? Adakah sama perasaan mereka yang sekadar bersorak dengan pemain kelab itu sendiri? Dan adakah sama imbalan mereka yang sekadar memerhati permainan dan mereka yang bersusah payah memenangi perlawanan bola itu?  

Tidak sama sekali!
Perasaan mereka yang hanya memerhati akan pasti berbeza dengan mereka yang turut berjuang.
Imbalan mereka yang hanya memerhati pasti akan berbeza dengan mereka yang bersusah-payah.



Sekian wassalam. 


Play Your Part

0 comments

There is no doubt, one day Islam will win. It is just about us. Whether we want to become the 'just watching' side, the opponent side or the winning side. So muslim youths, let us play our part!!


Buat Ikwah Fillah Tercinta

1 comments

Setelah sekian lama tidak mencoret sebarang kata di alam maya ini, terdetik hati ana untuk berkongsi sebuah syair dari Muhammad Iqbal, seorang seniman islam pada zaman kehebatan Islam dahulu. Khas buat ikhwah fillah tercinta...

Siapa yang berjuang,
untuk meninggikan syariat Islam,
hingga tersebar ke seluruh pelusuk alam,
bagaikan bintang-bintang yang bersinar di kala 
malam

Mantapkan jiwamu,
bagaikan semantap gunung,
berkemungkinan tiba masanya 
kamu terpaksa,
mengharungi lautan samudera.
Sebelum para-para mujahid,
merempuh, membuka sebuah negara
sudah bergema suara azan,
tetapi, yang memekak telinga,
masih belum kedengaran.
Kami terus mara ke hadapan,
biarpun dada bersarang,
tidak tercuit di hati rasa gentar.
sekalipun berhadapan raja yang taghut!
Di medan pertempuran mujahid,
di surau dan masjid menjadi duat,
Islam berkembang bagaikan cendawan.

Terus mara, berjuang.......
mengabdi diri pada yang Esa,
pencipta semesta alam,
padaNya jua qada dan qadar.
Bulat hati, memohon rahmat,
moga kami disampingMu,
setiap waktu dan ketika.
Wahai saudaraku, teruskan perjuanganmu,
Moga di syurga kita bertemu.....
Wassalam.......




Menuju Khusyuk

1 comments

Alhamdulillah, semalam satu ceramah yang sangat mantap telah disampaikan di surau kolej. Penceramah, ustaz Hasnan menekankan tentang pemahaman dan penghayatan bagi setiap bacaan dalam solat amat penting dalam usaha memperoleh kekhusyukan dalam solat. Ustaz ini juga sebenarnya telahpun menghasilkan bukunya yang bertajuk "RAHSIA KHUSYUK". 


Jadi, bila sebut tentang usaha khusyuk solat, pasti ramai yang sudah tahu cara-caranya. Memandang ke tempat sujud, berwudhuk dengan sempurna, tidak melakukan pergerakan luar dari solat dan bermacam-macam lagi. Namun, terdapat satu faktor yang jarang sekali orang memperkatakan tentang ia. Saya juga sebenarnya baru sahaja mengetahui tentang perkara ini selepas membaca buku "Rahsia Air Mata Khusyuk" tulisan Muhammad Hasan al-Basri. Sebelum itu, saya ceritakan dahulu sebuah kisah tentang seorang sufi bernama Abu Yazid.

Dalam sejarah para tokoh sufi, Abu Yazid al-Busthami terkenal sebagai hamba Allah yang mencapai darjat wali. Dalam buku "Perdebatan Langit dan Bumi" diceritakan suatu malam seperti biasa, Abu Yazid mengerjakan solat malam supaya sentisa dekat dengan Allah. Namun begitu, malam itu terasa aneh baginya kerana dia tidak merasai kenikmatan dalam solatnya. Abu Yazid bingung, apakah yang menyebabkannya tidak dapat khusyuk seperti biasa?

Aduh, kalau nak ditulis full story panjang sangat. So. saya cerita sinopsis je. Siapa yang nak baca full strory boleh lah dicari di kedai-kedai buku yang berdekatan.

Selepas dia hilang khusyuk, lalu dia berhenti bersolat dan mencari punca hilangnya khusyuknya. Lalu diapun menilai setiap barang yang dia miliki, mencari jika ada barang yang sudah tidak bermanfaat baginya. Namun, pencariannya tidak berhasil. Oleh itu, dia memanggil semua anak muridnya untuk menolong dia mencari setiap barang di rumahnya yang dirasakan tidak bermanfaat baginya. First try, anak murid dia gagal jumpa. Tetapi, Abu Yazid tetap tidak berpuas hati. Jadi dia suruh sekali lagi anak-anak muridnya mencari. Akhirnya, mission accomplished. Anak muridnya menemui setengah gugus anggur merah di balik pintu belakang rumah. Walaupun mula-mulanya anak muridnya yang lain ragu-ragu tentang perkara itukah yang telah menyebabkan solat guru mereka tidak khusyuk. Akhirnya, ini apa yang diucapkan Abu Yazid kepada anak-anak muridnya.

" Ya, inilah yang menyebabkan solat malam ku kurang khusyuk. Sekarang, sedekahkanlah setengah gugus anggur merah itu kepada fakir miskin! Ketahuilah, rumahku ini bukan kedai buah-buahan!"

Selepas itu, Abu Yazid pun meneruskan solat malamnya dengan penuh khusyuk.
Jadi, kisah diatas menunjukkan yang kehidupan kita sebelum mengangkat takbir menghadap Ilahi juga sangat memainkan peranan yang penting dalam kekhusyukan kita dalam solat. 

Jika Abu Yazid sangat risau jika ada hartanya yang tidak bermanfaat, sudahkah kita juga melakukan penilaian yang sama terhadap kehidupan harian kita. Laptop contohnya, adakah kita menggunakannya dengan semanfaat mungkin(homework, assignment, etc)? atau lebih banyak kita gunakan ia ke arah kelalaian(movie, games, chatting, etc) yang akhirnya membawa kepada kelemahan iman. Adakah setiap masa yang diberi Allah kepada kita telah kita gunakan sefaedah mungkin? Atau kita masih banyak berlagho melalaikan diri.

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan, pahala-pahala yang telah kita lepaskan. Moga-moga Allah sentiasa menerima taubat kita dan membimbing kita ke jalan ketakwaan. Amin..

Selamat Berjuang

0 comments


Teringat beberapa hari yang lalu, selepas selesai solat zohor, saya solat sunat sekejap.Selesai bersolat, saya memandang sekeliling masjid. Masih terdapat beberapa hamba Allah yang khusyuk solat dan ada pula yang berdoa. Dalam perjalanan nak menaiki motor untuk balik ke rumah, seorang pak imam datang mendekati saya. Bersapa dan berkenalan dengan saya.

"Adik ni anak sape?" pak imam tu tanye saya. 
 
Biasalah, kalau orang-orang tua nak berkenalan dengan kita, mesti dia tanya siapa ayah atau emak. Yelah, kalau dia tanya nama pun bukan kenal, so nak kenal dia akan tanya siapa ayah atau emak. Selepas menjawab saya ni anak siapa, baru la dia mengangguk. Tandanya dia kenal siapa keluarga saya. Penduduk kampung memang bagus, jarang ada orang yang tidak kenal siapa orang-orang kampung dia.
 
"Adik sekolah kat mane?" Dia bertanya lagi. Ingin mengetahui lebih mendalam.

"Saya sekolah kat kolej mara banting. Dekat selangor." Saya menjawab.

"Oo. Bagus2. " Pak imam tu mengangguk. Mungkin dia tahu dimana banting.

Lastly, sebelum pak imam tu beredar, dia cakap,
"Teruskan perjuangan"

Saya agak terpegun sebentar.

Memikirkan cukup layakkah diri ini digelar seorang pejuang yang sedang berjuang.

Sampai kat rumah, saya teringat peringatan Allah tentang balasan yang berbeza untuk dua perjuangan yang berbeza. Apakah perjuangan itu? Ha, ini dia...

"Barang siapa menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, pasti Kami berikan (balasan) penuh atas pekerjaan mereka di dunia (dengan sempurna) dan mereka di dunia tidak akan dirugikan" (11:15)

Allah berfirman, siapa yang berjuang untuk dunia maka pasti dia akan mendapat segala apa yang dia mahukan berdasarkan usaha dia. Tapi, balasannya kelak....

 "Itulah orang-orang yang tidak memperoleh (sesuatu) di akhirat kecuali neraka, dan sia-sialah disana apa yang mereka usahakan (di dunia) dan terhapuslah apa yang telah mereka kerjakan" (11:16)

Namun, dalam surah As-Saff, Allah menjanjikan syurga bagi siapa yang berjuang di jalanNya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?  Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (61:10-11)

Oleh itu, terpulanglah kepada kita sama ada mahu berjuang untuk mengejar dunia semata-mata atau menjadikan usaha kita di dunia ini sebagai perjuangan di atas jalanNya. 

Dan, lastly, sempena kepulangan student2 KMB ke kolej pada esok hari, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERJUANG!!!

Wassalam...