Muhasabah@Refleksi

0 comments

Sudah hampir genap 6 bulan aku merantau di negeri orang ini, masyaAllah, begitu cepat masa berlalu. Sebelum datang ke Kanada, hati ini memang rasa tak sabar2 mahu pergi kesana, ingin berjumpa dengan ikhwah2 fisabillillah disana. Program tarbiyyah disini baru sedang bertunas, oleh itu, aku rasa gembira untuk berjumpa pendokong2 tarbiyyah ini, kerana mereka ini pasti hebat2 belaka, dan aku berharap agar aku juga akan turut berjuang bersama-sama.

Bi'ah/Persekitaran

Of course lah, bi'ah disini jauh berbeza. Jika di kolej dahulu, ramai ikhwah2 disekeliling, yang akan sentiasa mengingatkan diri ini, walau hanya memandang wajah mereka. Disini, insyaAllah, akan kami jadikan bumi daun maple ini subur dengan tarbiyyah islamiyyah, yang akan melahirkan syabab2 yang dinanti-nanti ummah. Doakan kami ya. Ibadah, hmmm. Diri ini begitu lemah rupanya, ruh syabab yang mempunyai hamasah yang tinggi kian luntur(tapi aku sedang berusaha untuk kembali). Kalau kat kolej dahulu, solat sangat mudah dijaga, dengar azan berkumandang sahaja, kaki ini akan terus melangkah bergerak menuju surau. Disini, tiada lagi seperti itu. Jika mahu solat berjamaah, perlu usaha yang lebih, perlu hati yang kuat(semoga Allah menguatkan hati ini).

Tarbiyyah

Setakat ini, dua daurah telah berjaya diadakan di Kanada ini. Memang best. Daurah kat kolej lama pun best jugak, cuma, mungkin syllabus program tarbiyyah disini lebih jelas, itu yang best tu. Usrah, selalunya 2 kali seminggu. Usrah local satu, usrah online satu. Kenapa ikut dua usrah? hmm, mungkin x sesuai untuk diberitahu. Kadang2, memang aku pernah terfikir untuk tumpu pada satu usrah sahaja, tapi, risau ada pihak yang mungkin akan tersinggung.

Study

1st year disini sangat lah rileks. Nak compare dengan program IB kat kolej dahulu, sangat lah jauh bezanya. Tapi itulah, masa senggang itu sangat bahaya, jika diri tidak reti mengemudi, pastinya akan terbabas.

 ~Ya Allah, diri ini lemah, oleh itu kuatkanlah aku~

~Ottawa, Canada~

Lemah

0 comments

Ya Allah,
Aku hambaMu yang lemah.
Ampunkanlah aku...

Pantang Dicabar!

0 comments

Ya. Memang sifat semula jadi kebanyakan pemuda, kita pantang dicabar. Maklumlah, kudrat tengah banyak, naluri meluap-luap dan semangat sedang berkobar-kobar, maka jangan dibawa main tentang para pemuda. Kata saja apa, pasti pemuda itu akan menyahut dengan hebatnya.

Cuma yang membezakan, apa yang dicabar itu. Ya, tentang apa pemuda itu dicabar. Dicabar dengan keburukan, maka ia akan menjadi binasa. Dicabar dengan kebaikan, maka ia akan menjadi pemuda islam yang umat nanti-nantikan.

Realiti sekarang

Tidak dapat disanggah, para pemuda zaman sekarang telah dibawa ke arus yang salah. Salah siapa? Terlalu banyak faktor untuk dinyatakan disini.



"Bro, malam ni jom. DOTA(or PES/CS n yg seangkatan dengannya) sampai kul 4 pagi"

"Ha'ala. Kul 4 je. Tak yah tido langsung la, baru mantop"

Akhirnya, subuh mereka entah kemana. Kepada siapa yang berbuat seperti diatas, tetapi masih dapat menjaga solat subuh, tahniah saya ucapkan.

"Mat, cun kot awek tu. Aku cabar ko tackle die"

"Common la, ini Mat Ensem kot. Sape tak nak kat aku. Just give me one week, and she will be mine. Hahaha"

Akhirnya pergaulan bebas merebak, dan maksiat pun bercambah.

Wahai pemuda islam....

kini sudah tiba masanya kita bangkit dari tidur yang lama. Sudah cukuplah kita dipermainkan oleh musuh-musuh islam. Mereka sentiasa cuba menipu kita dengan muslihat mereka yang kotor. Kinilah masanya, kita membersihkan hati ini, bangkit bersama memacu kegemilangan Islam. Biar musuh-musuh Islam itu nanti tercengang dan menggeletar apabila melihat ombak kebangkitan pemuda Islam yang menggila, dan tiada lagi dapat disekat.

Cabarlah dirimu

Gunakanlah semangat pemuda yang berkobar-kobar itu untuk membangunkan jati diri muslim sejati dalam diri kita. Oleh itu, cabarlah dirimu. Ya, cabarlah dirimu sendiri. Untuk kita melihat sejauh mana diri ini benar-benar hebat seperti yang disangka-sangkakan.

Dalam ibadah:

"Aku cabar, hari ini aku mesti habiskan satu juz al-Quran"

Namun, bagi mereka yang masih baru, mulakanlah perlahan-lahan. Contohnya, 5 page sehari, kemudian 10 page sehari dan akhirnya yang paling afdhal, satu juz sehari.

"Aku cabar, hari ini maghrib dan isya' aku mesti berjamaah di masjid"

Kemudian, jika berjaya, naikkan 4 waktu dan paling mantap full 5 waktu jamaah di masjid.

Jika kita tidak mampu menyahut cabaran-cabaran ini, maka tanyalah diri sendiri, dimana tahap kita pada hari ini. Jika pemuda di Palestin hari ini sudah berani berhadapan dengan maut demi Islam, adakah kita terlalu lemah untuk berhadapan dengan nafsu diri sendiri?

Wahai pemuda, jika engkau berjaya, maka istiqamahlah, walaupun ianya hanya amal yang kecil. Kemudian, tingkatkan amalmu sedikit demi sedikit. Jangan dipaksa diri untuk membuat amal secara mendadak, kerana ia akhirnya hanya akan membuat dirimu penat dan sangat besar kemungkinan kamu akan berputus asa dan menjadi lebih teruk sebelum itu.

Luaskan pemikiranmu!

Cabarlah dirimu untuk apa sahaja kebaikan, baik untuk dirimu sendiri mahupun utnuk agama.

Dalam pelajaran contohnya, cabarlah diri untuk mendapat grade yang bagus. Jika engkau gagal walaupun sudah berusaha, janganlah engkau berasa lemah. Kerana Allah sentiasa ada disamping hamba-hambaNya yang bertakwa.

Satu masa nanti

Wahai pemuda-pemudi Islam. Jika kamu benar-benar tekad dan komited untuk membina diri menjadi pemuda yang hebat imannya, tinggi takwanya, dan mantap ruhnya, maka saya yakin, satu masa nanti umat ini akan menyaksikan para pemuda yang tidak pernah lagi mereka saksikan. Para pemuda yang tidak suka berhibur, apatah lagi bermaksiat. Para pemuda yang dekat hatinya dengan tuhannya. Para pemuda yang disiang harinya bak singa di rimba, tetapi di malam hari air mata mengalir deras di pipi mereka. Maka, para pemuda inilah yang akan mengubah dunia ini yang sedang tenat ini, dan meletakkan kembali Islam di puncaknya, dimana ia sepatutnya berada.


Sekian wassalam. 

Bak sejernih susu, itulah ikhlas

0 comments

Ikhlas adalah rahsia antara Allah s.w.t. dan hambaNya. Ia tidak diketahui malaikat, sehingga dia tidak berkuasa menulisnya. Tidak pula diketahui syaitan, sehingga dia tidak berkuasa merosakkannya. -Amru Khalid, Islahul Qulub (Penyucian Hati)
Ikhlas merupakan satu perkara yang cukup berat, dan seharusnya diberi perhatian oleh setiap muslim. Kerana tahap ikhlas yang berbeza, seorang mendapat ganjaran satu pahala, tetapi yang seorang mendapat 700 kali pahala, sedangkan secara zahirnya, perbuatan mereka sama. Seorang pejuang agama, seorang dermawan dan seorang alim yang banyak mengajar secara zahirnya merupakan hamba Allah yang soleh dan sepatutnya ditempatkan di syurga. Tetapi akhirnya mereka adalah tiga golongan pertama yang akan masuk ke neraka, kerana apa? kerana mereka tidak ikhlas.Bukankah ini apa yang disebutkan oleh nabi s.a.w. dalam sebuah hadis

"Dan sesungguhnya pada binatang ternakan itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum daripada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya." (An-Nahl : 66)

Allah mahu kita mengambil ibrah daripada perkara ini. Yang Maha Pengasih mengurniakan kita air susu yang jernih dan tidak bercampur walau setitik air kotor pun, sedangkan ia datang antara "tahi dan darah". Untuk siapa? untuk hambaNya yang dicintai. Tetapi, bagaimana pula dengan amal kita? Adakah amal kita sudah benar-benar bersih dari sebarang perkara dan hanya dilakukan untuk taat kepada Allah. Inilah apa yang disampaikan oleh Amru Khalid dalam buku Islahul Qulub.

Inilah, contoh pertama sekali saya kemukakan agar saya boleh berkata: "Marilah kita membandingkan keikhlasan kita dengan air susu murni.

Perhatikanlah ungkapan 'susu yang murni' (labanan khalisan), maka demikianlah ikhlas dalam beramal. Ianya harus bersih dari segala jenis campuran.
 Jika ingin mengetahui darjat amal kita, bandingkan dengan gambaran ayat ini!

 Kemudian, mari kita jawab pertanyaan-pertanyaan ini.

  • Apakah di dalam amal kita ada campuran (tidak hanya untuk Allah) ?
  • Apakah kita suka dilihat manusia saat melakukan solat?
  • Apakah kita suka manusia berterima kasih dan memuji kerana perbuatan kita yang mulia?
  • Apakah kita suka jika manusia menganggap kita orang yang komited kepada agama?
  • Pernahkah perkara ini terdetik di hati kita walaupun sebentar?
  • Apakah kita membayangkan dalam kehidupan ini ada air susu yang bercampur dengan kotoran?
Ingatlah, Allah tidak memberi kita air susu, kecuali jika susu tersebut bersih dan jernih. Apakah kita akan memberinya amal yang bercampur?!

Satu lagi perkara menarik yang disentuh oleh Amru Khalid dalam bab ini ialah tentang pandangan sesetengah orang bahawa ikhlas hanya perlu hadir untuk perkara ibadah, dan tidak perlu untuk perkara dunia dan kebiasaan.

Perkara ini salah sama sekali. Kerana apa? Kerana...

"Katakanlah, 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (Al-An'am : 162) 

 Nah, bukankah kita sudah berikrar kepada Allah tentang perkara ini paling kurang 17 kali sehari?! Bukan sahaja solat dan ibadah, malah hidup dan mati juga hanyalah untuk Allah.

Sekian sahaja wassalam,

Dia Muhammad

0 comments

Tujuan mengkaji riwayat hidup Rasulullah dan penganalisaannya bukanlah semata-semata untuk melihat kejadian dan episod-episod yang bersejarah ataupun memaparkan cerita-cerita yang indah sahaja. Oleh yang demikian tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah ini sama dengan membaca dan menelaah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman purbakala.  (Ar-Raheeq Al-Makhtum)
Buku Ar-Raheeq Al-Makhtum merupakan buku sirah nabawiyah yang telah memenangi tempat pertama pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, di Makkah. Jadi, sangatlah disarankan bagi mereka yang ingin mendalami sirah nabi, bacalah buku ni. Type je kat google tajuk buku ni, insyaAllah jumpa dlam bentuk pdf nye.

Kenapa kita perlu tahu sirah nabi?

Bagi saya, bukanlah sekadar untuk nak tambah ilmu atau untuk dijadikan bahan bercerita sahaja. Tetapi lebih dari itu. Untuk menanam cinta kita kepada Muhammad saw, kerana usahanya yang begitu kental. Untuk kita mencontohi peribadi Muhammad saw, kerana akhlak dan tingkah lakunya yang begitu mulia.

Nabi Muhammad adalah sebaik-baik guru, dan para sahabat adalah sebaik-baik murid.

Saya baru kenal seorang sahabat ni lepas baca buku sirah ni. Sahabat ini yang telah diberikan pedang Rasulullah, untuk di gunakan ketika perang Uhud. Apabila dia mendapat pedang itu dari Rasulullah, lantas dia memakai semutar merah di kepalanya, (kain lilit kepala). Apabila masuk ke medan pertempuran, dia telah membunuh berpuluh-puluh musuh Allah dengan pedang itu. Dialah Abu Dujanah.


Ha, itu baru sikit. Ada banyak lagi kisah kekentalan para sahabat yang menggetarkan jiwa kat buku tu. So, jom bace sirah nabi, moga Allah menanamkan benih cinta kepada pesuruhNya itu di dalam hati kita, dan agar bercambahnya peribadi Rasulullah dan para sahabat dalam diri kita.



"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) " (Al-Ahzab:21)

Sekian wassalam.

Pemuda Harapan Umat

1 comments

Tentangan kelima, menenggelamkan generasi ini ke dalam kelazatan dan kerosakan syahwat hingga mereka menjadi budak minuman keras dan perempuan. Saat ini, jutaan pemuda menghambur-hamburkan harta, banyak waktu kosong yang membinasakan, memiliki kepintaran dan kesungguhan. Namun, kesemuanya itu telah menenggelamkan mereka ke dalam kenikmatan dan upaya mencarinya hingga mereka binasa. -Dr. 'Aidh al-Qorni, Al-Islam wa Qodhoyal 'Ashr(Mereka Ingin Memadamkan Matahari)-

Dr. 'Aidh al-Qorni menggariskan beberapa usaha musuh-musuh Islam dalan rancangan untuk melenyapkan sinar Islam dari muka bumi ini, dan salah satunya adalah seperti di atas.Mereka cuba untuk menggunakan faktor nafsu syahwat untuk membuai para pemuda dalam nikmat dunia, sehingga mereka terlupa akan siapakah tuhannya, siapakah nabinya dan apakah tujuannya berada di muka bumi.

Seorang orientalis pernah berkata, "Setiap minuman dan hiburan, kedua-dua aspek ini boleh menghancurkan umat Muhammad lebih berkesan jika dibandingkan walau dengan seribu meriam, oleh itu lalaikanlah umat Muhammad dengan menggunakan alat-alat tadi"

Wahai para pemuda, marilah kita bangkit dari lena kita, dan contohilah para pemuda di zaman Rasulullah. Siapakah mereka? Mereka hanyalah kaum miskin dan minoriti, dan mereka lebih sering lapar daripada kenyang. Mereka juga hanya memeliki selembar pakaian yang mereka kenakan. Namun, mereka mampu menaklukkan dunia. Mereka selalu solat di tengah malam, berjuang di jalan Allah dan membangun asas peradaban manusia.

 Sungguh mereka adalah ahli ibadah di malam hari,

    Bila kegelapannya telah menyelimuti mereka, betapa banyak ahli ibadah yang air mata mengalir deras di pipinya,

    Mereka juga layaknya singa-singa rimba, bila datang panggilan jihad kepada mereka,

    Segera pula mereka menerjang maut agar dapat merasakannya,

    Ya Robbi, utuslah kepada kami orang-orang  seperti mereka,

    Yang dapat membangun kemuliaan bagi kami yang telah selama ini telah  lenyap.

Dr. 'Aidh al-Qorni dalam bukunya ini membahagikan para pemuda zaman sekarang kepada tiga golongan;

golongan pertama: pemuda yang ragu dan bimbang terhadap kebenaran agama. Mereka tidak konsisten dalam solat, tidak konsisten dalam membaca al-Quran, dan juga tidak konsisten dalam beriman kepada Allah. Mereka sering dalam kebimbangan.

golongan kedua: pemuda yang mendapat petunjuk, namun hanya untuk dirinya sendiri. Dia solat, puasa, haji dan umrah. Namun ibarat kata pepatah arab, "Aku bukan sebahagian dari Qois dan Qois juga bukan sebahagian dari aku." Mereka tidak peduli dengan urusan orang lain, tidak peduli dengan dakwah dan tak ada pengaruhnya di dunia ini.

golongan ketiga: pemuda yang konsisten  dan berkecimpung dalam dakwah. Mereka adalah harapan umat dengan kemuliaan Islam.

 Namun, berikanlah khabar gembira kepada seluruh semesta,

    Kami sudah bangun dan berjalan menuju keluuran dan takjub rasanya,

     Membawa para pemuda yang telah disucikan oleh Islam lubuk jiwanya,

    Bagaikan singa-singa mengaum kerana murka di tengah rimba,

    Mereka tidak suka hidup hina dan penuh noda,

    Oleh sebab itu mereka mandi denga taubat sehingga tak ada orang kotor dalam barisan mereka

Mereka adalah ribuan pemuda yang mengorbankan nyawa mereka di jalan Allah dengan sangat murah. Mereka juga solat pada pertengahan malam, puasa pada siangnya dan menhafal al-Quran. Pemuda muslim itu wajib terjun ketengah-tengah barisan mereka, yakni para pemuda yang telah ditenggelamkan ke dalam kelazatan yang mempesona, sehingga pemuda itu lalai dengan kesempatan yang ada.
( Dr. 'Aidh al-Qorni)

Itulah apa yang dikatakan oleh beliau. Persoalannya kepada kita, dimanakah kita pada hari ini? Di golongan manakah kita? Apakah peranan kita terhadap umat?

 Sekian wassalam,