Menuju Khusyuk

Alhamdulillah, semalam satu ceramah yang sangat mantap telah disampaikan di surau kolej. Penceramah, ustaz Hasnan menekankan tentang pemahaman dan penghayatan bagi setiap bacaan dalam solat amat penting dalam usaha memperoleh kekhusyukan dalam solat. Ustaz ini juga sebenarnya telahpun menghasilkan bukunya yang bertajuk "RAHSIA KHUSYUK". 


Jadi, bila sebut tentang usaha khusyuk solat, pasti ramai yang sudah tahu cara-caranya. Memandang ke tempat sujud, berwudhuk dengan sempurna, tidak melakukan pergerakan luar dari solat dan bermacam-macam lagi. Namun, terdapat satu faktor yang jarang sekali orang memperkatakan tentang ia. Saya juga sebenarnya baru sahaja mengetahui tentang perkara ini selepas membaca buku "Rahsia Air Mata Khusyuk" tulisan Muhammad Hasan al-Basri. Sebelum itu, saya ceritakan dahulu sebuah kisah tentang seorang sufi bernama Abu Yazid.

Dalam sejarah para tokoh sufi, Abu Yazid al-Busthami terkenal sebagai hamba Allah yang mencapai darjat wali. Dalam buku "Perdebatan Langit dan Bumi" diceritakan suatu malam seperti biasa, Abu Yazid mengerjakan solat malam supaya sentisa dekat dengan Allah. Namun begitu, malam itu terasa aneh baginya kerana dia tidak merasai kenikmatan dalam solatnya. Abu Yazid bingung, apakah yang menyebabkannya tidak dapat khusyuk seperti biasa?

Aduh, kalau nak ditulis full story panjang sangat. So. saya cerita sinopsis je. Siapa yang nak baca full strory boleh lah dicari di kedai-kedai buku yang berdekatan.

Selepas dia hilang khusyuk, lalu dia berhenti bersolat dan mencari punca hilangnya khusyuknya. Lalu diapun menilai setiap barang yang dia miliki, mencari jika ada barang yang sudah tidak bermanfaat baginya. Namun, pencariannya tidak berhasil. Oleh itu, dia memanggil semua anak muridnya untuk menolong dia mencari setiap barang di rumahnya yang dirasakan tidak bermanfaat baginya. First try, anak murid dia gagal jumpa. Tetapi, Abu Yazid tetap tidak berpuas hati. Jadi dia suruh sekali lagi anak-anak muridnya mencari. Akhirnya, mission accomplished. Anak muridnya menemui setengah gugus anggur merah di balik pintu belakang rumah. Walaupun mula-mulanya anak muridnya yang lain ragu-ragu tentang perkara itukah yang telah menyebabkan solat guru mereka tidak khusyuk. Akhirnya, ini apa yang diucapkan Abu Yazid kepada anak-anak muridnya.

" Ya, inilah yang menyebabkan solat malam ku kurang khusyuk. Sekarang, sedekahkanlah setengah gugus anggur merah itu kepada fakir miskin! Ketahuilah, rumahku ini bukan kedai buah-buahan!"

Selepas itu, Abu Yazid pun meneruskan solat malamnya dengan penuh khusyuk.
Jadi, kisah diatas menunjukkan yang kehidupan kita sebelum mengangkat takbir menghadap Ilahi juga sangat memainkan peranan yang penting dalam kekhusyukan kita dalam solat. 

Jika Abu Yazid sangat risau jika ada hartanya yang tidak bermanfaat, sudahkah kita juga melakukan penilaian yang sama terhadap kehidupan harian kita. Laptop contohnya, adakah kita menggunakannya dengan semanfaat mungkin(homework, assignment, etc)? atau lebih banyak kita gunakan ia ke arah kelalaian(movie, games, chatting, etc) yang akhirnya membawa kepada kelemahan iman. Adakah setiap masa yang diberi Allah kepada kita telah kita gunakan sefaedah mungkin? Atau kita masih banyak berlagho melalaikan diri.

Marilah kita bersama-sama bermuhasabah menginsafi dosa-dosa yang telah kita lakukan, pahala-pahala yang telah kita lepaskan. Moga-moga Allah sentiasa menerima taubat kita dan membimbing kita ke jalan ketakwaan. Amin..

1 comments:

alifnaim said...

Salam.
macam mana nak purchase buku Rahsia Khusyuk ni? sy sgt2 berminat dgn buku ni selepas dgr dialog Ustz Hasnan Kasan dgn pengacara IKIM.
harap dpt lah sy beli buku ni secepat mungkin. Mati sedang menanti sy..terima kasih buat saudara kiranya dpt membantu sy.

alifnaim@gmail.com

Post a Comment