Palestin vs Malaysia

Jangan tersalah anggap dengan tajuk entry kali ini. Ana bukan nak mencetuskan salah faham apalagi pertelingkahan antara Malaysia dan Palestin. Tapi cuma ana ingin mengajukan satu perbandingan yang mungkin ramai daripada kita tidak sedar.

Jika berbicara tentang Palestin, ana pasti sudah ramai yang masak dengan isu-isu disana. Sudah lebih 50 tahun negara itu hidup dalam kesengsaraan dek kerana kejahatan dan kezaliman Israel. Ramai anak-anak yang menjadi yatim tatkala mereka langsung tidak mengenal erti peperangan. Tidur mereka bertilamkan lantai dan berbumbungkan langit. Pendidikan? sedikit sekali yang mempunyai kesempatan.

Jadi apa kena pula dengan Malaysia? Ya, tidak dinafikan Malaysia adalah sebuah negara yang aman damai. Pelbagai kaum hidup bersama dengan harmoni. Anak-anak hidup penuh dengan kasih sayang dan belaian manja dari keluarga mereka. Pendidikan? sudah ramai anak watan negara ini yang berjaya di menara gading.

Jadi, jika dibandigkan Palestin dengan Malaysia, sudah pasti ramai yang akan mengatakan Malaysia adalah negara yang lebih baik untuk didiami. Ana juga pernah merasakan begitu dan sangat bersyukur kerana dilahairkan di negara yang aman ini. Namun, selepas usia ini meningkat dewasa dan mula mengenal erti kehidupan sebenar, nyata tanggapan ana salah sama sekali. Kenapa?

Peperangan di Palestin yang berlanjutan hingga kini jelas telah menyebabkan banyak kemusnahan dan pembunuhan yang berlaku. Namun, disebalik itu, serangan Barat telah menyebabkan berdirinya pejuang-pejuang Islam disana, berkobarnya semangat anak-anak muda, dekatnya mereka kepada syahid dan teguhnya kepercayaan mereka kepada Allah. Bagi mereka, tiada masa lagi untuk bermain apalagi untuk 'tidur'. Peperangan itu telah membentuk muslim-muslim yang lebih 'sedar'. Justeru mereka menjadi lebih dekat kepada Allah kerana tingginya pengharapan dan kepercayaan mereka kepada janji Allah.



Ana begitu kagum melihat video di atas. Namun hati ini kembali runtun apabila melihat kepada situasi yang sedang berlaku di Malaysia. Sedarkah kita Malaysia ini juga sedang diserang dan dijajah. Namun, disebalik 'serangan' itu, apa yang berlaku tidaklah sama dengan apa yang berlaku di Palestin. 'Peluru-peluru' barat telah melahirkan ramainya 'pejuang-pejuang' diatas pentas, lebih menyedihkan, negara kita juga telah melancarkan 'peluru-peluru' yang dibuat sendiri.



Sedarlah....
Pemuda-pemuda di Palestin berjuang dengan nama Allah.
Tapi pemuda-pemuda Malaysia berjuang kerana nama dunia.
Peluru-peluru di Palestin telah menggugurkan pemuda-pemudanya di medan jihad.
Tapi 'peluru-peluru' di Malaysia telah menggugurkan pemuda-pemudanya dalam kelalaian dan kenikmatan dunia.
Kesengsaraan di Palestin meyebabkan mereka semakin dekat dengan Maha Pencipta.
Tapi kenikmatan di Malaysia menyebabkan kita semakin jauh daripada yang Maha Menguasai hari pembalasan.

Wahai rakan dan saudara,
Marilah kita sama-sama membina kembali kekuatan hati dan diri ini, agar 'peluru-peluru' yang dilancarkan dapat kita tepis. Bangkit dan bangunlah, wahai pemuda-pemuda. Semoga kita dipilih sebagai salah satu daripada pedang-pedang Islam, bukan racun atau tuba kepada agama kita.
Wasalam....

1 comments:

Mustafa Farhan said...

mesej yang sama mcm tazkirah maghrib tadi. iA we learn and remind each other for greater good. for islam. =D

Post a Comment